e

Saturday, December 19, 2015

Filem Animasi Cecah Kutipan RM700 Juta - Saksikannya Di Astro Ceria Malam Ini

Assalamualaikum readers.

Kalau sebut saja animasi Doraemon, tentu ramai yang mengenali watak robot berbentuk kucing bewarna biru dari Jepun tu. Jadi buat peminat Doraemon, malam ini akan ditayangkan filem terbaru Doraemon: Stand By Me di saluran Astro Ceria 611 pada pukul 9.00.

Mungkin ada yang sudah menontonnya sebelum ini setelah ia mula ditayangkan pada 8 Ogos 2014 di seluruh dunia, tapi buat mereka yang belum berpeluang, mungkin ini masa yang sesuai untuk menontonnya bersama anak-anak. Meskipun ia sebuah filem animasi/kartun, namun Stand By Me Doraemon sarat dengan nilai persahabatan dan kehidupan yang sesuai ditonton oleh semua lapisan masyarakat.

"Kadang kala perkara remeh adalah sesuatu yang amat berharga"-
quote yang popular dari filem Stand By Me.

Sehingga kini, filem ini telah mencatat tayangan box office yang mencecah USD170 juta di seluruh dunia. Apa yang menjadikan filem ini begitu istimewa adalah, Doraemon sendiri merupakan nostalgia zaman kanak-kanak kebanyakan penonton dewasa masa kini, selain audience baru iaitu kanak-kanak yang baru mengenali Doraemon. 

Watak Doraemon bersama kanak-kanak dari seluruh dunia ketika promosi filem Stand By Me di Festival Filem Tokyo (sumber)


Filem ini juga berjaya menyentuh hati penonton menerusi beberapa babak perpisahan yang boleh dikaitkan dengan kehidupan seharian di alam realiti. Sebelum menontonnya buat pertama kali Mei lalu, beberapa rakan Zam telah memberikan ulasan bahawa Stand By Me adalah sebuah cerita sedih, sehingga Zam terpanggil untuk menontonnya di Astro Best. Memang berbaloi menontonnya pada waktu itu.

Selain itu, lagu soundtrack dari filem ini- Himawari No Yakusoku (Janji Bunga Matahari) turut menyumbang kepada kejayaan dan populariti filem Stand By Me. Muziknya yang indah disertakan dengan bait lirik yang puitis berjaya menyentuh hati para pendengar. Zam juga pernah berkongsikan terjemahan lirik lagu tersebut beserta video klip di entri ini: Kau Selembut Bunga Matahari.

Himawari No Yakusoku nyanyian Motohiro Hata

1 comment: