e

Friday, December 4, 2015

Kobis Pedas: Aku Suka Benda Ini Kerana Ia Mengingatkan Aku Kenangan Pada Kau

Assalamualaikum readers

Tayangan Juara Parodi malam ni merupakan episod pertama rancangan tersebut tanpa Yus Jambu. Dan mengikut khabar yang disampaikan oleh Misha Omar- salah seorang ahli Kobis Pedas, sebelum Yus Jambu meninggal baru-baru ini, kumpulannya telah diberikan tugasan dengan tema "Aku Suka Benda Ini Kerana Ia Mengingatkan Aku Kenangan Pada Kau". Kebetulan, ia seperti satu petanda tentang pemergian Yus Jambu.

Episod minggu lepas, beberapa hari sebelum Yus Jambu disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung, merupakan episod pertama Juara Parodi yang Zam tonton. Sebab, Zam tak langgan saluran tu untuk rumah sewa Zam di Kuching. Hanya bila Zam balik ke Serdang saja Zam baru berpeluang menontonnya. Lebih lrbih lagi bila Zam tahu Misha Omar turut menyertainya.

Apapun, Juara Parodi malam ini bakal menyaksikan tema tribute buat Allahyarham Yus Jambu. Itu yang Zam faham. Jadi sama sama kita nantikan siarannya pada pukul 10 malam nanti.

2 comments:

  1. SINGGAH PETANG http://jmbelog.blogspot.my/

    ReplyDelete
  2. Al-Fatihah buat arwah.
    Takziah buat ahli keluarga
    Kobis pedas ala-ala Kimchi la pulak

    ReplyDelete