e

Thursday, December 3, 2015

Tuan Anas Mikael Episod 16 (Episod Akhir)

Tuan Anas Mikael Episod 16 (Episod Akhir)



Kebosanan dengan rancangan TV yang tidak menarik petang semalam, Zam tanyakan anak buah yang sedang menonton sama- "Tak de cerita yang best ke kat TV hari ni?"

Spontan dia jawab- "Ada, Tuan Anas Mikael"

Macam nak tergelak je Zam rasa dengar jawapan tu. Tak sangka dia yang baru sekolah rendah terjebak sama tengok cerita tu.

Kalau di Kuching, Zam memang tak pernah tengok cerita tu. Cuma bila balik ke Serdang je Zam layan sama cerita tu dengan family.

Dan hari ni dah sampai ke episod terakhir rupanya. Banyak juga babak yang menyakitkan hati yang buatkan Zam rasa nak tengok sampai habis.
First, bila staf perempuan yang suka mencuri dengar tu kena langgar lari. Second, bila diorang culik Ayu & ibunya & Nenda sekali.. Tak sangka ekk cucu dengan anak tergamak buat macam tu kat family sendiri.. Haa ter emo kejap layan babak tu.. Dalam hati kata cepat-cepatlah pakatan penjahat tu dapat balasan.. Sakit hati betul

Tup tup, polis datang.. Pelik jap macam mana polis tu tahu pasal rancangan penjahat tu.. Ada adegan yang Zam terlepas ke sebelum tu?

Lagi satu persoalan, berani betul si Ayu tu ugut pak saudara & sepupunya yang jahat tu sebelum ni.. Tak ke si Ayu tu rasa diorang akan kenakan balik si Ayu tu sebab Ayu pun tahu pak saudara dia tu jahat..

Last-last Adik Zam jawab senang.. "Dah pengarah dia nak macam tu.."

1 comment:

  1. Hihihihi....hebat Zam nye conclusion tu....akak suke....

    Bab mcm mana polis tau tu...ada si PA TAM bagitau yg TAM kan dah suruh penyiasat dia ikut Ayu...so dari situlah TAM tahu n inform polis...hihihi... ;-) kire kata TAM lah yg selamatkan depa...gituuu

    Cuma akak nk sangat tahu siapa Raja Azura dlm cite nie? apa kaitan dia dlm cite nie...dia yg slalu intip tu kan? tapi siapa dia? Zam tau tak? hihihihi...

    Kata sorang blogger tu, bagi sesiapa yg baca Novelnya tahulah siapa gerangan watak yg dilakonkan oleh raja azura tu...tapi malangnya akak x baca...kehkehke..

    Siasat skit tuk akak Zam..kehkehekhk

    ReplyDelete