e

Monday, January 25, 2016

Faizal Tahir Berjaya Dalam Menyampaikan Mesej Di AJL 30

Assalamualaikum readers.

Ketika Faizal menyampaikan lagunya di pentas Anugerah Juara Lagu semalam, tentu ramai yang pernah melihat beberapa sedutan klip video yang dipaparkan sebagai latar belakang persembahan Faizal Tahir. Bertepatan dengan lirik lagu yang disampaikan, maka tidak salah jika dikatakan persembahan tersebut berjaya sampai ke hati sebilangan besar penonton.

Di atas usaha yang dilakukan oleh Faizal Tahir, beberapa pertubahan NGO yang terlibat dalam usaha membantu pelarian Syria mendapatkan kehidupan yang lebih baik telah merakamkan penghargaan mereka di media masa.

Salah satunya adalah Iqram for Syria:

‪#‎FaizalTahir‬ ‪#‎AJL30‬ Mesej Kemanusiaan Assalamualaikum Dunia

Baru sebentar tadi finalis Anugerah Juara Lagu (AJL), Faizal Tahir menyampaikan lagu Assalamualaikum Dunia dengan gaya tersendiri. Latar belakang lagu diiringi gambar-gambar yang menyentuh hati para hadirin dan penonton situasi yang berlaku di Syria seperti di kem pelarian Yarmouk, dan yang terkini di Madaya.

Persembahan Faizal Tahir meruntun pelbagai respon di kalangan pengguna sosial media. Untuk pengetahuan anda, Faizal Tahir telah beberapa kali menyertai misi kemanusiaan ke kem pelarian Syria di Lubnan dan Jordan bersama Aqsa Syarif dan i4Syria.

Jazakallah khair. Semoga Allah membalas amal anda sebaik-baiknya. Bravo! [Ph] ‪#‎food4madaya‬ ‪#‎savesyria‬ (sumber)




3 comments:

  1. Selebriti yg kreatif begini boleh dijadikan contoh kepada kalangan yg lain.

    ReplyDelete
  2. ayah MG pun suka lagu ni padahal dia jenis susah nak suka lagu budak2 muda ..hihi





    JOM TENGOK LEBIH 100 BARANG2 KECANTIKAN DENGAN HARGA YG MURAH DAN PASTINYA ORIGINAL !
    https://www.facebook.com/produkkecantikanMG/posts/1726936100868945:0

    JANA PENDAPATAN PASIF DENGAN BLOG ANDA
    http://melangkaugarisan.blogspot.my/2016/01/jana-pendapatan-pasif-dengan-afflifycom.html

    ReplyDelete