e

Friday, January 29, 2016

Pertandingan Koir Bahasa Inggeris SMK Batu Lintang


Assalamualaikum readers.

Diari ari ni.. Selepas selesai solat Jumaat di IPG Batu Lintang, Zam dipelawa oleh rakan guru untuk menyaksikan pertandingan Koir Bahasa Inggeris sempena Bulan Bahasa peringkat SMK Batu Lintang. Bila Zam dapat tahu bekas anak murid Zam di sekolah rendah dulu akan turut sama membuat persembahan, Zam terus ikut serta- melihat mereka membuat latihan terakhir dan menonton pertandingan tersebut.


Pertandingan ini disertai oleh pelajar sesi petang SMK Batu Lintang, yang terdiri dari 14 kumpulan dari tingkatan 1 dan 2. Menarik sebenarnya persembahan mereka, kerana berbanding nyanyian lagu penyanyi asalnya, Zam dapat lihat pelbagai variasi persembahan yang kreatif melalui pergerakan, props, gubahan & susunan muzik yang jarang dilihat & didengar.

Apa yang mengkagumkan, ramai di kalangan pelajar ini yang memainkan alat muzik sendiri untuk persembahan kelas masing-masing, dan hampir kesemua kumpulan mempunyai pemain muzik mereka sendiri seperti guitarist, keyboardist dan violinist.. Hebat bakat mereka ni.



No comments:

Post a Comment