e

Monday, January 25, 2016

Potret Juara Anugerah Juara Lagu 2016


Potret Juara Anugerah Juara Lagu 2016

Assalamualaikum readers

Malam hujung minggu bila adanya Anugerah Juara Lagu, Zam biasanya akan pergi lepak di rumah member. Seronok sikit layan program menarik bila tengok ramai-ramai ni. Walaupun artis yang Zam betul-betul minat tak ada dalam AJL kali ni, tapi ada beberapa lagu yang Zam layan macam lagu Bukan Hal Aku & Im Not For Sale.

Jadi keputusannya, Akim & The Majistret mengungguli AJL ke 30 dengan memenangi 2 kategori, iaitu Juara AJL dan Persembahan Terbaik.

(lagu Potret ni, memang Zam selalu dengar, tapi bukan favourite. Cuma malam ni, dapat rasa persembahan live Akim tu sangat mengujakan. Terhibur juga malam ni bila mendengar Akim & The Majistret buat persembahan)
Faizal Tahir, yang berjaya menyampaikan mesej kemanusian menerusi lagu Assalamualaikum, meraih tempat kedua, diikuti dengan kumpulan yang mendapat tempat ketiga dengan lagu Hanya Nama Mu.

Kalau dulu, kita boleh ramal Juara AJL dengan melihat siapa yang memenangi Vokal Terbaik kan? Tapi sekarang, memang tak dapat nak meneka macam tu. Walaupun Vokal Terbaik dimenangi dayang Nurfaizah menerusi lagu Tak Pernah Menyerah, Juara AJL dinobatkan kepada pemenang persembahan terbaik kali ini.

PS: Beberapa tahun kebelakangan ni memang tak teruja nak tengok AJL, sebab tak ada artis yang betul-betul diminati. Layan macam biasa je.. Antara sebab utama layan, dah terbiasa dengan AJL sejak kecil.. Ada yang sama macam Zam?

No comments:

Post a Comment