e

Tuesday, January 26, 2016

Teringin Nak Belajar Urban Dance

Assalamualaikum readers.

Topik malam ni Zam nak cerita sikit tentang Urban Dance. Apa itu Urban Dance? Mungkin ramai yang tak mengenali genre tarian ni, & Zam pun baru kenal genre ni beberapa tahun dulu- sewaktu tarian ni lebih dikenali dengan contemporary dance dalam rancangan So You Think You Can Dance.

Sekali imbas, tarian urban dance ni seiras tarian hip hop. Mungkin urban dance ni ada kaitan dengan hip hop dan kotemporari.

Apa yang menarik pada pemerhatian Zam, urban dance ni tak kan hilangkan sisi maskulin lelaki bila mempraktikannya. Cara tarian juga bebas, seolah-olah penari meluahkan perasaan dan emosi menerusi gerakan yang kemas dan pantas.

Paling penting, Zam boleh bersenam sambil berseronok kalau belajar urban dance ni. Nampak cool dan sempoi ;)

Dan sebab tu agaknya, Zam boleh minat lagu Justin Bieber kat bawah ni. Tak pernah hayat nak minat lagu Justin Bieber, tapi lepas tengok klip video Love Yourself ni, boleh layan banyak kali.



No comments:

Post a Comment