e

Saturday, February 27, 2016

27 Februari 2016: Banjir Melanda Kuching Lagi Hari Ini

Assalamualaikum readers.

Zam baru bersiap nak ke Institut Perguruan Batu Lintang hari ini untuk satu kursus, bila rakan-rakan dari group Whatsapp mula menghantar imej-imej banjir di sekitar IPBL. Kawasan sekitar Batu Lintang di Kuching Memang mudah dinaiki air lebih-lebih lagi apabila hujan turun tidak berhenti sejak malam tadi.

Jadi Zam batalkan rancangan ke tempat tersebut, dan duduk berehat di rumah saja. Bila banjr teruk berlaku macam tu, memang ramai yang tidak dapat masuk ke kawasan IPBL selain dari kenderaan berat dan pacuan empat roda kerana aras air yang tinggi di hadapan Kolej Vokasional Kuching.


Kolej Vokasional, jalan menuju ke IPBL.


Selain itu juga, beberapa kawasan berhampiran turut teruk dilanda banjir kilat.
St Joseph

Hospital Umum Sarawak

Green Road

IPK Badaruddin

IPK Badaruddin

Jalan Tol

Padang Merdeka

Jalan Sekama


1 comment:

  1. Ya Allah...ibu bapa harap sentiasa kawal pergerakkan anak anak...moga hujan teduh dan banjir surutlah..amin..

    ReplyDelete