e

Tuesday, February 23, 2016

Bahulu Lucah: Lain Kali Jangan Selfie Dengan Benda Pelik

Assalamualaikum readers.

(sekadar hiasan.. yang ni tak lucah)

Minggu lepas, viral gambar baulu lucah yang dikongsikan di media sosial. Antara lain, gambar bahulu tersebut disertakan dengan caption: 'Rakyat sekarang terpaksa cari duit lebih sebab terdesak', lebih-lebih lagi bila imej wanita tempatan turut berselfie dengan bahulu tersebut.

(Zam tak kecam orang cari duit lebih, jadi jangan salah anggap maksud Zam)

Jadi dengan cepatnya, gambar tersebu dimanipulasi dan dikongsikan secara meluas.

Namun, menurut sumber lain yang Zam dapat, sebenarnya wanita tempatan tersebut bukanlah penjual bahulu tersebut, tetapi dia sebenarnya orang awam yang menemui bahulu tersebut dijual di sebuah tempat di Miri. Berasa pelik dengan bahulu tersebut yang dijual secara terbuka, dia pun mengambil gambar bahulu tersebut.

Namun, gambar tersebut telah dimanipulasi dengan cepat, dan dia telah membuat laporan polis berkenaan kes itu. Pihak polis telah meminta wanita tersebut membuang gambar tersebut, dan berharap pihak lain tidak terus memanipulasi gambar tersebut.

Dalam masa yang sama, wanita tersebut turut melaporkan bahulu itu tidak lagi dijual pada keesokan harinya di tempat yang sama.

Sejauh mana kebenarannya, wallahualam.

Jadi mungkin boleh dijadikan peringatan untuk kita, agar pada masa depan, tidak berselfie dengan gambar yang pelik-pelik.. Buruk padahnya.. Huhu

1 comment:

  1. berfikir sebelum bertindah itu lagi baik kan...nk tgk pic tu pun sgn apatah lagi ber gambar..-_-

    ReplyDelete