e

Thursday, February 25, 2016

Bento Dato Vida

Assalamualaikum readers.

Pada yang biasa dengan budaya masyarakat Jepun, pasti tahu tentang bekal makanan mereka yang sentiasa dihias cantik yang dikenali sebagai bento. Ada masanya, bento dihias dan direka dengan mengubah makanan menjadi rupa watak kartun atau anime. Walaubagaimanapun, bento tidak terhad pada hiasan karikatur, tetapi juga bebas dan mempunyai pelbagai tema yang menampilkan keunikan dan kecantikan masing-masing.

Budaya bento ini juga menjadi popular oleh ibu-ibu di Malaysia dalam menyediakan bekal untuk anak-anak ke sekolah akhir-akhir ini. Apapun, yang terbaru, ada individu yang telah menghasilkan bento dengan karikatur Dato Vida.


Jika dilihat dengan teliti, mungkin readers boleh mengagak apakah masakan yang diletakkan dalam bento ini:- Ayam masak kicap, sayur kacang panjang goreng, dan nasi yang dihiasi telur dadar bewarna pink yang dijadikan tudung Dato Vida, selain nori (rumpai laut kering) yang biasanya digunakan untuk melakarkan mata dan kening pada bento karikatur
.

No comments:

Post a Comment