e

Monday, February 15, 2016

Bila Fara Fauzana Ingin Berhenti Menjadi DJ Hot FM

Assalamualaikum readers.



Semasa berbual di tempat kerja tadi, seorang rakan memaklumkan kepada Zam yang Fara Fauzana akan berhenti dari menjadi DJ stesyen radio Hot FM. Tidak mengejutkan sangat bagi Zam tapi tidak sangka, yang dia akan mengikut jejak langkah Faizal Ismail (FBI) sebelum ini yang mengambil keputusan yang sama. Walaubagaimanapun, hasrat itu bukan disebabkan oleh tawaran stesyen radio yang lain, tetapi Fara hanya mengumumkan mahu berhenti dari menjadi DJ mulai 26 Februari ini.

Tentu ada sebabnya yang tersendiri, mengapa dia yang begitu sinonim dengan DJ radio mengambil langkah yang besar ini.

Bagi sebilangan besar pendengar Hot FM, mereka tentu sukakan sikap Fara Fauzana yang lucu dan happy go lucky.. Begitulah juga dengan Zam. Pasti selepas ini kehadirannya di konti radio dirindui oleh pendengar setia Hot FM.

2 comments:

  1. kita doakan yang terbaik utk dia...
    ada perancangan terbesar dia dah plan tu

    ReplyDelete
  2. oh ye ke...fafau yang umumkan sendiri ek

    ReplyDelete