e

Wednesday, February 24, 2016

Bila Pelanggan Air Asia Beralih Kepada Rayani Air




Assalamualaikum readers.

Dalam tempoh sedekad ni, kita menyaksikan kemunculan pelbagai syarikat penerbangan tambang murah yang cuba menyaingi AirAsia. Setakat ini, tiga syarikat penerbangan baru telah muncul satu demi satu iaitu Firefly (2007), Malindo Air (2012), dan Rayani Air (2015).

Semestinya, syarikat penerbangan Rayani Air menjadi tumpuan pelanggan yang ingin terbang ke destinasi tertentu akhir-akhir ini, atas beberapa sebab seperti populariti yang diraih lebih-lebih lagi apabila mereka menawarkan perkhidmatan patuh syariah yang tidak pernah dibuat oleh mana-mana syarikat penerbangan.

Jadi, tak salah jika dikatakan terdapat pelanggan AirAsia yang beralih kepada Rayani Air sejak ia mula beroperasi. Ini kerana konsep tambang murah yang diperkenalkan, dan kapasiti penumpang yang penuh dalam sesebuah penerbangan Rayani Air.

Semestinya AirAsia mempunyai kelebihan dari segi pengalaman kerana ia telah lama bertapak di Malaysia (1993) dan mempunyai lebih banyak destinasi percutian yang menarik. Namun terdapat juga kekurangan AirAsia yang dapat dijadikan peluang oleh Rayani Air menarik pelanggan mereka.

Apapun, itulah yang dinamakan rezeki. Adat orang berniaga, pasti mereka percaya tentang untung nasib dan rezeki ini, tak kiralah di pihak AirAsia dan di pihak Rayani Air.


Bila dan Kenapa Pelanggan Air Asia Beralih Kepada Rayani Air?

Baiklah. Di sini Zam sediakan sedikit kupasan berdasarkan pengalaman Zam sendiri yang kerap berulang alik dari Kuching ke Kuala Lumpur.

Mereka yang sentiasa bermain dengan budget untuk terbang kesana kemari, pasti faham.


Pertama: Bila masa penerbangan Rayani Air sesuai dengan rancangan penerbangan Zam dan; harga tiket yang ditawarkan lebih murah dari tiket AirAsia (biarpun sedikit saja perbezaan)

Biarpun AirAsia memnpunyai lebih banyak penerbangan ke destinasi yang sama dalam hari yang sama, asalkan satu penerbangan Rayani Air sesuai dengan masa pelanggan, pelanggan akan memilih Rayani Air.

Kedua: Elaun bagasi percuma Rayani Air iaitu 20kg untuk penumpang kelas ekonomi dan 40kg untuk kelas perniagaan.

Ketiga: Tiada cas tambahan untuk penggunaan kad kredit untuk membeli tiket Rayani Air. (Cas kad kredit yang dikenakan oleh AirAsia adalah RM8.00+ untuk satu penerbangan/ one way, dan pembelian menerusi perbankan atas talian dikenakan RM4.00+)

Keempat: Rayani Air menawarkan hidangan kudapan untuk setiap penumpangnya secara percuma. Biarpun ringkas, sekurang-kurangnya ada dari tidak ada.

Kelima: AirAsia mungkin cuba mengikat kesetian para pelanggan tetapnya dengan ganjaran BigPoint secara terkumpul, tapi ada juga pelanggan tetap mereka yang tidak kisah dengan mata ganjaran tersebut

Apapun, kedua-dua syarikat penerbangan mempunyai kelebihan masing-masing dan kekurangan. Apa yang diharapkan, syarikat-syarikat ini menambah baik perkhidmatan mereka di masa akan datang, dan tidak menekan pelanggan dengan cas-cas yang agak membebankan.

Entri sebelum ini: Nasi Lemak Spiderman

1 comment:

  1. kita dah ada banyak pilihan...pilih lah yg terbaik utk kita

    ReplyDelete