e

Sunday, March 27, 2016

Memancing Ikan, Ketam Nipah Yang Sangkut


Assalamualaikum readers.

Jumaat lepas, Zam ikut kawan-kawan memancing di Telaga Air. Ini kali pertama Zam memancing bila dah dewasa ni, kali terakhir dulu masa kanak-kanak, itupun pakai joran buluh.. Hehe

Rakan Zam yang seorang ni, ada 3 pancing, jadi dapatlah masing-masing merasa nak memancing. Kami bertiga cuma mencari kawasan berpaya bakau, dengan harapan akan berjumpa dengan ikan-ikan sederhana besar di sana.

Dekat sejam lebih juga memancing, tapi umpan yang diguna tak dimakan ikan besar. Cuma ikan-ikan kecil saja yang datang merenggut sedikit demi sedikit umpan yang diletakkan di mata kail.

Dalam masa yang sama, ada juga orang lain yang memasang perangkap ketam nipah di situ. Tapi bila diangkat, tiada ketam yang masuk ke dalamnya. Tak ada rezeki mereka biarpun banyak juga perangkap yang diletakkan.


Tapi rezeki kawan Zam, tak lama lepas orang-orang yang memasang perangkap ketam tu berlalu dari kawasan tu, mata kailnya terlekat pada kaki seekor ketam nipah. Bila dilihat, besar juga ketam tu.. Mahu dekat 300g.

Kami jadi semangat lah nak memancing.. Tapi sebab hari dah makin gelap, kami berhenti dulu untuk hari tu.

Sekarang ni, ketam tu diberikan kepada Zam. Masalahnya, Zam nak masak apa dengan seekor ketam ni? Hehe

1 comment:

  1. memang besar la...bestnya!
    abg zam masak meggie ketam la...hehehehe

    ReplyDelete