e

Monday, March 7, 2016

"Tolong Hantar Makanan Kucing Ke Aoshima"

Assalamualaikum readers.

Petang ni Zam nak kongsikan sikit kisah menarik dari Pulau Kucing di Jepun, atau nama sebenarnya Aoshima. Mungkin ramai yang pernah mendengar kisah dan mengetahui tentang kewujudan pulau ini, tetapi apa yang dikongsikan oleh Cats Wonderland di Facebook ini mungkin baru bagi kita:

Ingat lagi tak pasal pulau kucing di jepun?

Pulau Aoshima di Jepun ini mempunyai nisbah kucing dan manusia 6:1. Bermakna setiap 1 manusia di pulau ini terdapat 6 kucing yang turut sama berkongsi kawasan yang sama.

Baru-baru ini Pulau Aoshima mengalami masalah bekalan makanan akibat dari cuaca buruk. Bukan sahaja bekalan makanan untuk manusia tiada, tetapi makanan untuk kucing juga habis.

Menggunakan internet sebagai medium perhubungan, seorang penjaga kucing telah menghantar "tweet" menerusi Twitter yang berbunyi, "Tolong hantar makanan kucing ke Aoshima".

Sungguh mengejutkan beberapa hari kemudian berkotak-kotak makanan kucing dihantar dari seluruh jepun menerusi kurier dan Amazon untuk membantu kucing-kucing disana.

Makanan yang dihantar terlalu banyak sehingga tiada tempat untuk menyimpannya.. Penjaga kucing itu terpaksa menghantar "tweet" susulan, "Tolong berhenti menghantar makanan ke pulau Aoshima, bekalan kami sudah melebihi dari jangkaan".

Kini kucing di Aoshima tidak perlu lagi untuk berlapar.. Sungguh menakjubkan bagaimana rakyat Jepun sama-sama membantu kucing yang berada di pulau Aoshima.

LIKE, COMMENT & SHARE
Cat's Lover boleh LIKE ➜ Cats Wonderland untuk LEBIH banyak artikel dan video menarik tentang MEOW!








Itadakimasu!

Kenyang bhai..

No comments:

Post a Comment