e

Saturday, March 26, 2016

Umur 40 Tahun Baru Pertama Kali Masuk Panggung, Menangis Tengok Boboiboy

Umur 40 Tahun Baru Pertama Kali Masuk Panggung, Menangis Tengok Boboiboy 



Assalamualaikum readers.

Petang tadi, ketika memancing di Samarahan, Zam dapat satu panggilan telefon. Kak Nor rupanya. Dia nak bagitahu, yang dia dah tengok filem Boboiboy The Movie dengan keluarganya petang tadi di The Spring, Kuching.

Kak Nor ni rakan Zam di sekolah. Cikgu OKU. Khamis baru ni dia ada bagitahu Zam, dia nak bawa anak-anaknya menonton Boboiboy hari Sabtu (hari ini). Nasihat Zam padanya, tiket kena beli awal-awal takut habis kalau pergi hari Sabtu masa nak menonton.

Zam cuba untuk beli secara online di MBO Cinema tiket untuk dia dan keluarganya, tapi laman web tu sendiri bermasalah. Tak dapat beli. Jadi Kak Nor kata tak apalah, nanti dia usaha sendiri.

Tup-tup, tadi dia call bagitahu dah pergi tengok. Bila dapat tiket- tanya Zam padanya. Rupanya suaminya tolong belikan tiket selepas pulang dari kerja Khamis lepas. Suaminya seorang cikgu OKU juga. Jadi tadi, mereka sekeluarga dapat menonton dengan harga tiket yang murah- RM9 untuk seorang OKU dan RM9 untuk kanak-kanak. Mereka pergi berempat.
Menariknya, Kak Nor ni baru pertama kali masuk panggung. Sebab dia bukan jenis suka tengok filem di sana. Cuma kali ini, demi anak-anak, dia putuskan untuk menonton Boboiboy The Movie. 

Komen dia? Cerita tu sedih! Menangis dia sebab Ochobot.

Katanya lagi, pandai orang yang buat cerita tu, sebab mainkan emosi penonton. 

Zam sendiri pun rasa, filem ni sarat dengan nilai persahabatan yang tinggi. Selain itu, Boboiboy Kuasa 7 Jadi Tarikan Orang Ramai Untuk Menonton Filem Ini.

1 comment: