e

Friday, March 25, 2016

Untungnya Bila Sekolah Ada Kelab Bowling


Assalamualaikum readers.

Ada sesiapa yang suka bermain bowling di sini? Bowling ni, mesti nak ada kawan main bersama baru seronok. Nak-nak lagi kalau ada satu kumpulan, lebih meriah kan?. 

Selain tu, bila ramai yang ikut bermain dengan kita, kita boleh berehat dulu sebelum tiba giliran melontar bola. Bagi Zam, ini penting untuk merehatkan fikiran sebelum kembali fokus untuk membuat lontaran.

Kalau sebelum ni, jarang juga dapat peluang main bowling beramai-ramai dengan member. Kena rancang lebih awal dulu, baru boleh ajak kawan-kawan yang lain. 

Tapi, bila ada kawan yang jadi pengerusi kelab bowling sekolah, itu memang peluang yang jarang-jarang diperolehi. Ada kelebihannya- sebab; 
Pertama, kelab bowling akan buat perjumpaan setiap minggu di pusat bowling. 

Kedua, ramai yang ikut serta, iaitu student. 

Ketiga, bayaran yang dikenakan untuk 1 game lebih murah sebab ahli kelab sekolah akan dapat harga training (latihan) untuk bermain di pusat bowling tersebut. Macam yang biasa kami dapat- RM11 untuk 2 game.

Untuk pengetahuan semua, bukan sekolah Zam yang ada kelab bowling ni, tapi sekolah rakan Zam. Dia guru sekolah menengah di sebelah sekolah Zam, jadi sebab tu Zam selalu sertai aktiviti kelab bowling sekolah dia. :)

2 comments:

  1. seronok main bowling...lama dah tinggal...sejak bekerja ni..

    ReplyDelete
  2. Anak Eirna adalah murid PPKI di Sg.Petani..Tiap2 bulan ada terapi bowling..Best tgk anak2 istimewa enjoy main bowling...

    ReplyDelete