e

Wednesday, April 13, 2016

Tidak Menulis Blog Dalam Waktu Bekerja

Assalamualaikum readers.

Bagi seorang penulis blog, menulis entri untuk pembaca merupakan satu hobi yang dilakukan pada masa lapang. Tak kira apapun latar belakang kerjaya mereka, menulis adalah perkara sampingan, melainkan si penulis blog adalah blogger sepenuh masa.

Bagi blogger yang bekerjaya di sektor kerajaan amnya, sudah semestinya aktiviti menulis entri dilakukan di masa senggang dan tidak mengganggu skop kerja hakiki di pejabat.

Bagi seorang guru seperti Zam, amat penting bagi Zam mengambil berat perkara ini. Jadi disebabkan itulah, entri Zam hanya mula ditulis antara pukul 1.30 petang ke atas iaitu selepas waktu bekerja. (Terdapat juga hari dimana Zam tamat kerja pada pukul 1 petang). 

Sebab itu juga, jika ada yang perasan, entri Zam yang ditulis pada pukul 1.30 petang adakalanya berkisarkan menu makanan bagi menyesuaikan dengan waktu rehat para penjawat awam pada ketika itu.

Jika terpaksa, dan jika inginkan trafik pembaca di sebelah pagi, Zam akan auto publish kan entri yang telah ditulis lebih awal sebelum itu ke waktu pagi ketika Zam bekerja. Dengan ini, tidaklah ia mengganggu tugas Zam di sekolah.


 (gambar sekadar hiasan)

No comments:

Post a Comment