e

Tuesday, May 24, 2016

Tiada Rasa Hormat Pada Blogger Yang Angkuh

Assalamualaikum readers :)

Tajuk entri kali ni macam hangat je setelah lama tak update blog. Saja.. Sebab perkara itu yang terlintas di fikiran ni sekarang.

Rilek.. Ini cuma entri santai-santai..Jangan stress ;)

Biasanya, kuasa, pengaruh, & populariti yang diraih oleh seseorang- membolehkannya terdedah kepada risiko menjadi angkuh atau berasa hebat berbanding orang lain, terutamanya orang yang berada dalam bidang yang sama dengannya. Pernah hadapi situasi ini?

Sehinggakan penjelasan orang lain tidak mahu didengar, dan cuma tanggapannya sahaja yang yang betul. Itu yang dimaksudkan dengan angkuh.

Perkara macam ni bukan sahaja boleh berlaku dalam sesuatu jabatan atau bidang profesionalisme. Dalam kehidupan biasa pun terjadi gak. Bidang blogger pun tak terkecuali.

Jadi untuk blogger yang semacam itu, memang hilang terus respect aku kepadanya. Minta maaf :)

Dari situ juga aku belajar, seseorang yang popular dan berpengaruh, belum tentu kata-katanya benar dan boleh dijadikan rujukan oleh kita. 

Sebab ia adalah pendapat. Pendapat boleh dibahas. Boleh diperhalusi lagi. Kan?



2 comments:

  1. bkn takat blogger je, even everyone in every single situation pun kalau dah angkuh boleh buat kita rasa hilang hormat..

    ReplyDelete
  2. sentiasa remind ourselves jangan bersikap riak dan angkuh

    ReplyDelete