e

Tuesday, July 19, 2016

Selesai Kelas Memasak 3 Jam Malam Ini

Lama dah tak ikut kelas memasak selama ni. Untuk hari ini, bermula pukul 6 petang, pukul 9.30 malam baru habis. Apapun, tak terasa penat langsung, sebab kelas memasak ni dijalankan dalam keadaan santai. Zam mengikuti hanya dari rumah, di depan tv.


Dapat tangkap kelas memasak yang Zam maksudkan? Haha..

Sebenarnya apa yang Zam ceritakan ni adalah tentang rancangan Masterchef Australia 2016 yang baru sahaja disiarkan di saluran 709, bermula 4 Julai lepas. Pada sesiapa yang mempunyai pakej Variety, bolehlah menontonnya jika berkelapangan.

Tayangan petang tadi merangkumi 1 jam episod 10 dan 1 jam episod Masterclass (ulangan), disambung dengan episod terbaru (episod 11) selama 1 jam setengah. Puas juga menontonnya, selain banyak input yang boleh diperolehi, lebih-lebih lagi jika anda minat memasak. Tips yang dikongsikan juga boleh diaplikasikan ketika bekerja di dapur.

Berasal dari rancangan terbitan BBC, Masterchef Australia mempunyai format yang sedikit berbeza dari Masterchef yang disiarkan di negara lain. Selain itu, apa yang membuat siri dari Australia ini lebih popular dari siri negara lain adalah, ia telah memasuki musim ke 8- mengatasi bilangan siri di 50 negara lain. (Amerika mengikuti dari belakang dengan  siri ke 7 pada tahun ini). 

Apa yang penting, Masterchef Australia menampilkan sisi yang lebih 'mesra' di kalangan pesertanya, bebanding format Masterchef Amerika yang mengandungi banyak unsur sabotaj di kalangan pesertanya. 

Menjadikannya lebih menarik, kerana kedudukannya yang berhampiran dengan negara-negara Asia, pelbagai bahan masakan tempatan, termasuk Malaysia ditampilkan di dalam rancangan tersebut.

3 comments:

  1. Masterchef Amerika tak berapa gemar SB tengok, mmg betul ada unsur tak elok jugak tu..agak kasar.

    ReplyDelete