e

Monday, September 26, 2016

Cafe 'HIPSTER' Ini Mendapat Sambutan Hangat Di Kuching


Assalamualaikum readers.

Kali ni Zam nak kongsikan tentang satu tempat makan yang menarik di Sarawak. Ramai yang tidak mengetahui kewujudan cafe ini pada mulanya termasuk Zam, walaupun banyak kali melalui jalan yang berdepan dengan cafe ini sehinggalah rakan-rakan yang membawa Zam ke sini.

Jadi apa yang menariknya tentang cafe ini?
OK. Zam terangkan secara ringkas. Trend pelanggan sekarang, mereka sukakan tempat makan yang:
  1. Cantik, menarik dan berbeza. Nak ambil gambar/ selfie pun cantik untuk di post kan di FB Instagram etc..
  2. Makanan yang gempaq, dari segi rasa dan rupa. Bukan jenis main tangkap muat je.
  3. Harga yang munasabah, tidak terlampau mahal. Bajet untuk seorang makan dari RM 25 - RM30 termasuk minuman.
  4. Meja individu/group yang unik, korang boleh pilih nak duduk dimana mana yg sesuai bergantung kepada availability.
Kenapa Zam katakan ia sebagai cafe hipster ?





Kalau diperhatikan, hiasan dalaman yang digunakan terdiri dari barang-barang vintage, dan tema hiasan dalaman hipster memang banyak menggunakan hiasan dari jenis ini. Yang penting, nampak unik, lain dari yang lain.

Berminat? Jadi bolehlah anda mencubanya di MK Classiqo Cafe, Jalan Tabuan, Kuching Sarawak.


1 comment: