e

Tuesday, September 6, 2016

Nasi Kerabu Ini Paling Sedap Di Kuching



Assalamualaikum readers.

Nasi Kerabu, menu terkenal dari Kelantan ini kini boleh didapati hampir di seluruh Malaysia. Di Sarawak, menu ini tidak terkecuali. Permintaan yang tinggi dari anak perantauan di sini- terutamanya dari Kelantan menjadikan perniagaan Nasi Kerabu sesuatu yang menguntungkan. Biasanya, yang mengusahakan menu dan perniagaan ini di Sarawak adalah anak tempatan Sarawak sendiri yang mendirikan rumahtangga dengan orang Kelantan.

Macam contoh, Nasi Kerabu yang dijual di medan selera Teh Tarik, Satok ini. Menyediakan pilihan lauk utama seperti ayam dan daging , selain lauk sampingan seperti solok lada dan telur masin. Harga antara RM8 hingga RM10 mengikut lauk pauk yang dipilih. Cukup dari segi rasa lemak, manis, rangup, masin dan pedas. Paling Zam suka adalah kuah budu tumisnya yang lemak manis.. Memang membangkitkan selera!

(auto published)

2 comments:

  1. kat sabah pun ada nasi kerabu, cuma x lengkap. mcm xda solok lada cenggitu

    ReplyDelete