e

Monday, June 25, 2012

SIREH Pengganti PAPER MINT?


"DAUN SIREH PENGGANTI PAPER MINT? BIAR BETUL??"

Mungkin kedengaran pelik pada sesetengah orang, tapi pada aku, aku akui kebenarannya. Oh, jangan salah faham, kata kata ini bukan aku petik dari orang lain, tapi dari pengalaman & kebiasaan aku sendiri. Ada masanya, AKU SUKA MAKAN SIREH, & biasanya sireh kepunyaan kakak tukang masak di sekolah yang aku akan kebas setiap kali aku ternampak sirehnya di dapur.. Heh heh.. Tapi bukan setiap hari.. Bukanlah aku ketagih memakannya, cuma ada masa masa tertentu- bila mulut & tekak aku rasa tak selesa. Berbanding paper mint atau gula gula, aku lebih sukakan rasa pijar & pedas sireh. Percaya atau tidak, rasa itulah yang boleh menyebabkan ketagihan yang kronik!

Orang muda seperti aku makan sireh? Jangan dihairankan.. Membesar di kampung, aku biasa melihat orang orang tua memakan sireh, sampai aku teringin untuk merasanya masa kecil. Memang aku muntahkan pada kali pertama memakannya, tapi yang hairannya aku tak pula serik untuk mencuba lagi selepas itu bila berpeluang. Mungkin aku nak tunjuk hebat pada mereka kot, yang budak kecil macam aku pun pandai makan sireh.. (perangai tak boleh blah.. haha)


Sireh sememangnya mempunyai sentimen tersendiri dalam masyarakat kita, dan tidak dapat dipisahkan dengan adat resam & budaya orang Melayu ( Secanggih mana pun kita, masa kahwin nanti, kita tak kan boleh tinggalkan sireh junjung, kan..? ) Dan kegunaan sireh sebagai penawar dalam rawatan herba tradisonal Melayu sejak berkurun dahulu pun diakui dalam perubatan moden. Berikut adalah petikan artikel yang aku dapatkan dari sirehemas.tripod.com.

"Sirih atau nama saintifiknya Piper betle L. adalah tumbuhan herba tempatan yang mengandungi banyak khasiat. Ia mempunyai sifat unik iaitu stypic (menahan pendarahan), vulnerary (menyembuhkan luka), stomachic (ubat saluran pencernaan), menguatkan gigi dan membersihkan tenggorok.

Hasil penemuan kajian - kajian saintifik oleh pakar - pakar kajian herba produk mengatakan sirih mengandungi komponen - komponen aktif semulajadi yang amat berguna dalam perubatan dan pelbagai kegunaannya. Ianya juga mengandungi antiseptik semulajadi yang berupaya membunuh kuman, bakteria dan kulat dengan khasiat hemostasis yang dapat melancar darah dan menghentikan perdarahan."

Ini baru sedikit. Banyak lagi khasiatnya, & biasanya sireh ini juga dikaitkan dengan rahsia awet muda seseorang (Guru Besar aku yang kata, bukan aku.. Dia pun merupakan 'pembekal' sireh kat sekolah ni.. haha). Kalau nak tahu lagi tentang khasiat sireh, korang boleh cari di internet atau tanya mereka yang selalu mengamalkannya.

Pernah aku terbaca, yang daun sireh ini mempunyai khasiat yang setanding TEH HIJAU orang Jepun! Tapi disebabkan proses menghasilkan serbuk teh menggunakan haba yang dapat memusnahkan khasiat di dalam daun sireh, maka ia tidak dapat dijadikan teh. (kalau ditukarkan menjadi gula gula, mungkin boleh!)

Jemput makan sireh minum teh ..

Itu sahaja buat masa ni. Maaflah, entri terpanjang dari biasa. Apapun, thanks sebab sudi singgah & baca ;)

(SUMBER & GAMBAR: GOOGLE, FLICKR, NATIONAL GEOGRAPHIC)

10 comments:

  1. mak dara pun suka jugak makan sireh yg nenek mak dara punya.. siap kuning kuning mulut lepas makan hahaha

    ReplyDelete
  2. Itulah petua awet muda kan Mak Dara! haha

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum zamani....sireh ni ada rasa pahit2 sikit tapi lama2 mcm dah ketagih nak lagi tu... yg x tahan pedas nyer...:)

    ReplyDelete
  4. waalaikumussalam Kak.. itulah hairan.. cam nak ketagih pun ada..

    ReplyDelete
  5. pernah dulu makan sireh yang nenek buat..tapi xleh la pahit..hehe

    ReplyDelete
  6. Assalam, memang selalu saya tengok sireh nie masa nak kenduri ataupun masa kahwin... tak pernah makan pun sireh nie...

    ReplyDelete
  7. memang boleh ganti pun..tgk jea lepas mkn sireh diludah2 cmtu jea..bersepeh-sepeh kesan merah pas ludah..

    ReplyDelete