e

Thursday, November 22, 2012

Ulasan Di Sebalik 'Kenyataan Murtad Azhar Sulaiman'


Mungkin anda tahu kisah ini, & Zam pun pernah menulis entri tentang Kenyataan 'Murtad' Azhar Sulaiman di FB sebelum ini. Kenapa, mengapa & apa yang mendorong beliau menulis status yang boleh mengundang spekulasi seperti itu di FB? 

Entri ini ditulis selepas Zam rasa terpanggil untuk memberi sedikit ulasan, berdasarkan pendapat peribadi Zam sendiri (sebelum ini Zam ingin menulisnya awal awal lagi, tapi tertangguh disebabkan terlalu sibuk). 

Pada Zam, mungkin Azhar Sulaiman sengaja bernada sinikal mengeluarkan kenyataan itu & ia ditujukan kepada golongan tertentu. Kalau anda ingat, sebelum kenyataan Azhar Sulaiman itu dikeluarkan, sebuah akhbar tempatan telah menyebarkan berita yang TIDAK TEPAT dan berbaur fitnah tentang ulasan & pendapat Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat apabila ditanya sesuatu oleh wartawan akhbar tersebut.

Adakah anda tahu soalan yang di ajukan oleh wartawan, & apa yang dijawab oleh Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat sebenarnya? Jom baca perkongsian di bawah ini ('',)



Dari frasa mana, anda faham yang Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat menuduh UMNO murtad?. Ada? Tak ada kan? Bahkan, Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat juga menyebut- "tuk guru berserban berjanggut kalau dia tolak Islam dia murtad..". Jelas Tuan Guru ingin mengelakkan sebarang spekulasi malah memberikan contoh yang sama yang ada pada dirinya, agar orang lain memahami sejelas-jelasnya apa mesej sebenar yang ingin disampaikan.

Jadi tak perlulah ada sesiapa diantara kita yang 'sentap' & terasa ya.. Sekadar pendapat peribadi ('',)

Gunakan Akal Yang Waras Untuk Menilai, Bukannya Emosi..

6 comments:

  1. ramai yang cuba belit2kan lidah sendiri...hanya Alah yang tahu apa di dalam hati mereka....biar lah...mereka semuanya ada akal....cuma pandai guna dengan tidak je...(pandangan peribadi juga)

    ReplyDelete
  2. menuduh/ menghukum seseorang itu murtad bukan kuasa kita....

    ReplyDelete
  3. kene ada syarat terbatalnya Islam...

    ReplyDelete
  4. yup setuju! "gunakan akal yang waras..bukan emosi"

    ReplyDelete
  5. bila ada yg berlagak bijak

    yg kononnya dia bijak

    dah tak bijak, baik duk diam2 dengar yg bijak

    tul tak?

    ReplyDelete
  6. salam zamani.
    sebab itulah saya dah lama tak beli utusan... patutlah juga pada zaman saya belajar pada tahun 1990an dulu amat susah untuk saya meminta kwn2 sekolej yg berasal dr kelantan untuk minta tolong belikan akhbar ini.... mula2 saya tak paham dan geram... tapi kini saya dah paham.... sudah dua orang menteri besar saya (selangor) yang dulunya saya rasa paling terbaik, tumbang dengan kes2 di mahkamah sedangkan tuan guru mereka masih kekal mentadbir negeri kelantan... Allahuakbar.... saya sangat sayang dengan tuan guru ini... semoga beliau dipanjangkan usia dan dirahmati Allah swt.

    ReplyDelete