e

Saturday, September 28, 2013

Aku Kecewa

Assalamualaikum dan selamat petang.  Maaf sebab Zam lewat mengemaskini blog dengan sebarang entri hari ini. 1 sebab utama, sejak semalam Zam sibuk meluangkan masa dengan family dan rakan Zam yang baru tiba dari semenanjung.  Jadi banyak aktiviti yang dijalankan di luar bersama mereka. Plan utama, bawa keluar jalan jalan cari makan di luar. Jadi tempat pertama yg kami pergi semalan untuk dinner adalah di Kampung Boyan untuk merasai kesedapan ayam penyek disana. Apa yang istimewa, ayamnya diperap dengan bahan yang pedas sebelum dibakar, dihidangkan dengan 2 jenis sambal yang 'umpph' dan nasi yang dikukus.


Agak jauh juga tempatnya dari rumah Zam, tapi memandangkan Zam ingin memperkenalkan tempat yang menarik kepada mereka, Zam teruskan dengan rancangan itu. Setibanya disana, pelanggan memenuhi ruang makan, dan alhamdulillah kami terjumpa meja kosong terakhir. Rezeki..

Bila menu diberikan, kami sepakat memilih ayam penyek. Teringin menikmati kesedapan menu tersebut sekali lagi. Namun, perkara sebaliknya yang terjadi..

Sebaik saja dihidangkan, Zam lihat nasinya bukanlah nasi kukus tapi nasi putih biasa. Pada pengamatan Zam, nasi yang dihidangkan adalah lebih sedikit berbanding sebelum ini. Kemudian, sambal pula hanya sejenis yang dihidangkan, bukan 2.. Rasanya juga tidak 'terangkat' seperti yang Zam mahukan.. Dan yang paling mengecewakan adalah, AYAM PENYEK nya.. Tak terasa ia diperap dengan lama, dan perapannya tidak sesedap dan sepedas dulu. Seperti kosong.. Terlalu hambar Zam rasakan. Kecewa betul Zam waktu tu, nak-nak lagi bila mengenangkan Zam beria ia nak memperkenalkannya kepada family sebelum ini. Apapun, Zam diamkan saja dan tidak memberitahunya kepada family.

Sewaktu membayar di kaunter, tuan kedai ada bertanya kepada Zam bagaimana dengan menu hari tu.. Nak menjaga hati, Zam katakan okay. Itu sahaja, biarpun Zam dah kecewa dengan menu ayam penyeknya..

Lepas ni, Zam tak kan kesana lagi..

13 comments:

  1. owh! pernah kena sekali di kedai makan, dulu lain sekarang lain, mungkin komitmen mereka ketika berkerja kurang ketika memasak dan dibuat pda ala kadar, sungguh kecewa kan kan kan?

    ReplyDelete
  2. wah...saya minat ayam penyek....yang best ada di Bali...done klik.

    ReplyDelete
  3. Lar kenapa x bgtau dgn jujur je ...biar dia dpt rasakan kekecewaan pelanggan. Dari jauh dtg tp x puashati mmg bikin hati panas .. ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. not in the mood... rasa agak berat nak lama2 d sana

      Delete
  4. kenapa boleh cam tu kan...menu di tukar jadi menu biasa..huhu...

    ReplyDelete
  5. Jujurkan sahaja.. hehe bila dapat feedback dorg akan perbaiki mutu masakan..itu yang perlu dibuat.. pernah rasa jugak perasaan macam nii.. mmg takkan pergi dah..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul....sepatutnya kita bgtau hal sebenar....barulah peniaga bumi akn maju.....

      Delete
    2. realy not in the mood on that time.. malas nak cakap banyak kt kaunter bayaran..

      Delete
  6. Sya pun sama..rekemen kdai mkn tuk fmily yg dtg brjln..tiap kli sya pg mmg sdp..tiba fmily pg..kurang sdp..huhu..mkn je la tnpa kta apa2..

    ReplyDelete