PERFECT MATCH: MR LEMON & CIK RIBENA BERRY
31 Disember, aku dah sampai ke Kuching.. Erm.. Sunyilah hidup aku lps ni..
Ahad, 27 hb, aku keluar lagi ke Kota Bharu menemui Along. Katanya hendak jalan2 di sekitar KB selepas waktu pejabat, jadi aku menawarkan diri untuk meneman. Aku sampai di KB agak lewat, & Along dah lama tercegat menunggu di dpn A&W (atas cadangan aku le tu, teringin nak minum float).
Sebenarnye sejak keluar berjumpa Along khamis lepas, aku terkilan sbb tak belanja Along untuk celebrate birthdaynya yg ke 26. Bila dpt berjumpa sekali lagi, aku tunaikan hasrat aku tuh. Along dah siap keluarkan dompet nak membayar harganya, tp aku cepat2 hulurkan duit kpd cashier. Tak nak lah menyusahkan Along lg.

Burger terbaru dr A&WLepas solat Maghrib di masjid yg berdekatan, kami ke merata tempat- Parkson, The Store & Pantai Timur. Along nak cari kasut sebenarnya. Susah gak nak memenuhi selera Along ni rupanya. Cerewet gak rupenye hehe. Penat lah jugak jd pembantu dia hari ni, apepun, Along jumpa jugak dgn ape yg dicari, sepasang sneakers hitam (Angah suka sneakers tu) & sepasang kasut hitam untuk ke pejabat.
Sebelum balik, Along hadiahkan aku buku ni. Thanks Along!
Sabtu, aku ikut abg ipar & kakak ke Pasir Mas, sambil2 carikan tudung yg dipesan Ibu sewaktu mula2 aku sampai di Kelantan. Sengaja aku tidak mencari di KB sblm ni kerana aku kenal dgn seorang peniaga di Pasir Mas, & aku biasa membeli dengannya. Di kedai Kak Yah, aku temukan 3 helai tudung yg cantik2 ni. Tp sebelum tu pening gak nak memilih sbb x tahu yg mana sesuai untuk Ibu.
Ni lah kedai Kak Yah. Selaian dr pakaian, biasanya aku ke sini mencari seluar jeans yg murah2, tp cantik
Abang ipar singgah beli keropok jap
Di kedai lain, adik aku berhenti untuk tengok patung2 mainan yg digantung. Murah2 je kat sini. Dia nak belikan utk kawan di Serdang. Jenuh jugaklah mengikut dia mencari, menilik satu, satu.. sudahnya tak beli apa pun :P
RM19 untuk Teddy Bear besar ni.. Dah cukup murah tp dia tak nak beli pulak. Ingat tenung lama sangat td dah nk beli dah :p
Kemudian, aku ke Pantai Timur. Cari kerusi untuk atuk buat ganti yg patah semasa menebang pokok kelapa baru2 nih heh2 :p
Ben10.. Ini untuk Amirul.. Siap gadoh2 lg dgn aku masa nak beli td. Banyak sangat pilihan warna tak tahu nak amik yg mana. Dia lagilah.. kelabu mata hehe
Sebelum balik, singgah dulu ke rumah mak cik di Pasir Mas. Dia belanja laksa utk malam tu