Tomodachi Sama

Monday, January 4, 2010

Kisah bubur asyura..



Balik dr Kelantan tempoh hari, aku bawa sekali 2 bekas bubur asyura ke Sarawak. Niatnya, nanti bolehlah dikongsikan dengan rakan2 guru di sekolah, nak2 lagi rakan2 senegeri di sana. Terbayang akan wajah Kak Sha & Kak Nor. Jadi semasa mesyuarat staf kali pertama di sekolah baru2 ini (hari Sabtu), aku berjanji dengan mereka untuk membawanya ke sekolah pd hari Isnin berikutnye.

Isnin nya, aku ke sekolah awal, memandangkan hari itu minggu pertama persekolahan & banyak kerja perlu dilakukan. Di sekolah, sekonyong2 aku terlihat Kak Sha yg baru datang, aku teringat sesuatu..

Bubur asyura! Aku terlupe bawak! Huhuhu

Makin buatkan aku rasa serba salah, Kak Sha ni tengah sarat mengandung.. huhu.. kenapalah aku buat mcm ni kat dia.. sian dia.. Kan kempunan kang siapa yg susah? huhu..

Aku minta maaf banyak2 ngan Kak Sha sbb keterlupaan aku tuh.. Dia tergelak, sambil geleng kepala.. huhu.. Janji aku, akan aku bawak esoknye! Pasti!!

Esoknye (Selasa)..

Aku dah siap potong bubur asyura yg telah mengeras cantik2. Mcm kuih dah jadinya. Skrg, tunggu Kak Sha dtg sekolah je..

Tapi..

Aku tungu punye tunggu, Kak Sha tak datang2.. Mana lah Kak Sha nih..? Entah2.. Dia dah cuti tak? Ikut perkiraan doktor, tarikh nye esok, 6 Januari. Huhuhu.. Rasa cam nak nanges.. Kesian lak kat dia tak dapat makan bubur asyura.. Kejamnye aku.. Tibe2 rasa nak g rumah dia hantar bubur tue

Aku tanya Kak Ros di bilik guru, Kak Sha dah cuti ke? Jawapan dr Kak Ros melegakan aku- "Ade, dia baru datang". Cepat2 aku keluar, mencari Kak Sha
Ada pun! Huhu
Ingat tak datang dah td.. Kalau tak menyesal lah aku tak sudah ;p

Esoknye lagi (Rabu)..
Kak Sha tak datang.. Masuk hospital dah, tunggu mase je. Hehe.. Tersenyum aku sendiri2, bl mengenangkn tarikh lahir anaknya sama dengan tarikh lahir Misha Omar ;)

Sunday, January 3, 2010

Cendawan Goreng



Kebetulan kat kedai runcit tempat aku biasa beli brg2 basah tu ade jual cendawan hari ni. Banyak & segar2 lak tu. Aku beli sikit, nak goreng celur tepung adabi. Sejak dulu lg nak buat, tp tak jumpe bahan. Bila dah siap, rasanya lemak & rangup sangat~ sedap ;9

Friday, January 1, 2010

...

31 Disember, aku dah sampai ke Kuching.. Erm.. Sunyilah hidup aku lps ni..

Thursday, December 31, 2009

Aku hidup dlm kenangan: Robot Singa

Masa kecil2 dulu, robot singa cukup sinonim dengan kehidupan aku. Bermula dengan siri animasi Transformers yg aku tengok kat tv, & dari siri sentai-Liveman, aku teringin sangat nak sebuah robot singa..


Razor Claw (Transformers Generation 1 1986)


Choujuu Sentai Liveman 1988

..sampailah satu hari, bila makcik aku belikan robot singa untuk aku & abang, seorang satu. Itupun setelah kami beria2 minta dibelikan robot itu waktu makcik berada di Kelantan lagi. Biasalah, anak2 buah nak bermanja dgn makciknye. Sebaik saja makcik berkunjung ke rumah kami di Serdang, kami mendapat apa yg diminta. Punyalah suka tak terkata kami ketika tu. Biarpun robotnya tidak semirip razor claw diatas, hati kami tetap puas. Asalkan ianya adalah seekor singa yg boleh bertukar menjadi robot.

Hampir 2 dekad berlalu..

Baru2 ni, aku terjumpa Great Lio (Sazer X) di Sogo. Teringat zaman kanak2 aku, dibelikan makcik sebuah robot singa. Jadi sekarang, aku lak yg membelinya untuk anak buah..















Shopping @ KL


On my way to LRT Plaza Rakyat

Sampai dr Kota Bharu pagi Khamis tu, aku terus ajak adik ke KL, jalan2 sambil shopping. Sebenarnya takdelah nak shopping sangat, cume nak hiburkan hati ni. Biasalah mood baru balik dr kampung, mesti down sikit. Rindu kat kampung hehe
Kalau kat KL, aku suke sangat ke SOGO. Ntah lah. Mungkin sbb aku rasa banyak pilihan kat sana, nak2 lagi bila ade sale. Mesti aku bawak balik sesuatu kalau g sane X)

Niatnye nak cari mainan untuk anak buah. Jadi aku ke bahagian kanak2 terus. Terjumpalah aku dengan mainan Power Rangers yg tengah main kat TV2 sekarang nih.



Tapi aku rase tak berbaloi untuk dibeli. RM399! Itupun lepas sale harganya jadi RM319. Hmm.. zaman aku dulu, Megazord Power Rangers dinosour tu baru RM159.90 jek (macam mane aku leh ingat? sebab dulu teringin sangat nak beli tp tak mampu huhu)

Kemudian aku jumpe yg ni lak..



Murah sikit lah dr yg kat atas tu.. Sebab berkenan sangat dah, aku angkat satu.. Tinggal nak bayar je, sampailah mata aku terpandang kat sesuatu kat sudut yg lain...

Selesai shopping kat SOGO, aku g kat pejabat mak lak. Lepak kat sana sebelum balik sama2 naik LRT.


Pandangan dr office mak

Kat SOGO td, sempatlah beli kek Secret Recipe kat bawah tu. Faveret adik aku, jadi aku belanjalah.. Aku yg nak sangat ajak dia keluar kan





Haa.. Kat SOGO tadi, aku tak jd amik robot Power Rangers tu sebenarnye.. Sebab aku ternampak bende ni lak.. Hehe


Great Lio dr Sazer-X

Hehe.. aku kan suke beli bende2 jepun nih.. Lagipun, tujuan aku turun KL hari ni sbb nak cari mainan nilah.. Mase aku duk kat kampung hari tu (Kelantan), aku tertengok cerita Sazer X ni kat TV2 dengan anak buah aku tu. Jadi sejak hari tu lah aku dah pasang niat nak beli robot singa ni X)

Untuk anak buah yg perempuan tu, aku belikan teddy ni.. Berbeza dengan teddy bear tipikal yg lain- yg biasanya pakai riben kat leher, teddy bear yg ni pakai scarf. Comeyyy je, siap dengan blusher lg

Sebelum kami sampai ke pejabat mak td, mak pun sebenarnya baru je balik dr Jalan TAR, belikan novel untuk adik kat kedai buku Minerva.

Tp boleh lak lepas tu, adik aku ajak g sekali lagi kedai buku tu cari novel lain lak. Huuu cam ginilah rasenye ade adik perempuan yg gile bace novel.. Seksanye nak tunggu dia pilih novel yg betul2 dia nak huhu

Aku terjumpa lak novel2 kat atas nih.. AAC tu dah beli sblm ni, cume tinggal yg dua tu je lah.. Tak tahulah best ke tak



Okeh. Hari dah petang. Jom balik!