Tomodachi Sama

Friday, December 9, 2011

Satu ruang kosong dalam hati..



Hidup dikelilingi ramai rakan2 & ahli keluarga, tapi kenapa hati ni masih terasa sunyi..

Thursday, December 8, 2011

Kisah Kuih + Bermain Dengan Bokeh (secara tak sengaja) Part 5



Aku terjumpa kuih kegemaran aku ni - Baulu Jepun semasa berjalan2 di Kota Bharu smlm. Aku tak ingat sejak bila aku meminati kuih ini, mungkin semasa kecil, tp yg pasti saat itu aku tertarik kerana rupa & inti pes kacang merahnya mirip kuih Dorayaki yg aku kenal dari pembacaan komik Doraemon yg popular semasa zaman sekolah rendah aku. Cuma saiznya sj yg lebih kecil. Aku berandaian kuih ini mungkin saja dihasilkan sejak kemunculan kartun Doraemon di Malaysia sekitar awal 90an, tp menurut ayahku, kuih ini telah ada sejak dia kecil lg. Oh.. Menarik.. Rupanya sblm org kita mengenal Dorayaki melalui Doraemon, kuih ini sudah lama berada di warung2 kopi ;)


- Ketika aku sdg berusaha mengambil gambar kuih ini utk dipaparkan di blog, secara tk sengaja aku menemukan kesan bokeh dr cahaya matahari yg menerobos melalui celahan2 daun & dahan pokok. Titik2 cahaya menghasilkan kesan bokeh yg menarik, biarpun waktu itu aku cuma menggunakan lensa EFS 18-200mm ku, bukan nya EF 50mm yg biasa digunakan oleh aku untuk menghasilkan kesan bokeh yg menarik ;) -

Tuesday, December 6, 2011

One Piece Vol 63



Akhirnya vol 63 Budak Getah/One Piece keluar juga setelah 3 bulan menunggu (kali terakhir ialah pd bulan puasa lepas). Seperti keluaran2 sebelum ni, aku membelinya di sebuah gerai usungan kecil di hadapan sebuah masjid di bandar Kota Bharu, sebaik sj pulang dr berjumpa dgn rakan. Biarpun ramai pembaca manga di luar sana boleh membacanya secara online di Mangastream atau Wootmanga (termasuklah aku), aku tetap akan membeli naskah asal sbg koleksi peribadi & secara langsung, aku menyokong mangaka yg telah bersusah payah memerah otak untuk menghasilkan manga yg menarik ni ;)


-Sejak ia diterbitkan, One Piece telah menjadi komik yg paling popular di Jepun & merupakan salah satu manga dr siri2 manga yg ada yg paling popular di seluruh dunia. Ia juga mencatatkan jualan paling banyak di dalam sejarah Mingguan Shōnen Jump. Pada 2010, Shueisha telah mengumumkan mereka berjaya menjual sebanyak 230 juta unit komik One Piece, dgn vol 61 yg mencatatkan percetakkan tertinggi dlm sejarah Jepun sebanyak 3.8 juta naskah (rekod sebelumnya milik vol 60 yg mencatatkan 3.4 juta naskah). Vol 60 adalah buku pertama yang terjual sebanyak 2 juta naskah dalam minggu pembukaan Carta Buku Oricon di Jepun. One Piece kini berada dalam ranking no.1 penjualan siri terbaik dlm sejarah manga. One Piece telah menerima banyak kritikan dr pembaca, terutamanya dr sudut & nilai seni yg ada padanya, pengembangan watak2, unsur2 lucu & jalan cerita yg menarik-

Rancangan membuat kejutan: Berjaya!


Selamat Pagi, Kota Bharu ;)

Ikutkan tarikh waran MAS yg sebenar, aku akan balik bercuti di Kelantan pd 19hb Dis selepas bercuti di Serdang 2minggu sblm itu, tp di saat2 akhir aku buat keputusan utk terus balik ke Kelantan sebaik saja sampai ke KL dr Kuching. Rancangan tu langsung tidak diketahui keluarga aku dikampung (Kelantan), termasuk lah rakan baik ku di sana.


Aktiviti sebelum sarapan pagi: Photoshoot ;)


Sarapan pagi di McD KB

Jd setibanya aku di bandar Kota Bharu pg td, aku terus mengatur rancangan utk membuat kejutan pd nya. Aku hantar sms bertanyakan aktivitinya pd pg td, untk mengetahui kedudukan lokasinya pd waktu itu. Rancangan pertama aku tu berjaya bila dia terkejut melihat kemunculan aku di depan matanya dgn tiba2. Lbh kurang sejam ++ kami duduk bersembang, sblm aku minta diri utk pulang ke rumah nenek pula. Slps shopping barang2 dapur lbh kurang di KB, aku balik, & seperti yg ku harapkan sblm itu, mereka kehairanan dgn kemunculan aku tiba2 di depan pintu rumah.. Hehe.. Well, aku gembira sgt hari ni sbb rancangan aku tu berjalan dengan lancar. Terima kasih pada my parent & sibling yg menjaga rahsia aku dgn baik hingga ke saat2 akhir (beberapa minit sblm aku sampai ke rumah, nenek ada menelefon abah di Serdang, tp abah sikit pun tak cerita ttg aku nk blik bercuti di kampung.. hehe ;)


Can u see my massage? hehe

Monday, December 5, 2011

Yeah~ Balik Semenanjung!


Aku suke yg bawah tu.. Blue Berry ;9

Tajuk tipikal untuk org yg dah lame duk kt Sarawak.. Hehe.. Akhirnya, aku dapat balik ke Serdang selepas 9 hari bertugas sbgi warden di sekolah, menjaga studet2 asrama yg belum balik bercuti kerana mengambil peperiksaan SPM & STPM.
Mcm biasa, harus ada ole2 dari Sarawak yg dibawa pulang bersama. Apa lg kalau bukan Kek Lapis. My neighbour homemade.. ;)


Oh, seperkara lagi yg harus ku perjelaskan pd org ramai di luar sana yg selalu ragu2 dgn status kehalalannya, kerana mengaitkan pembuatan Kek Lapis ini dgn mentega Butter Churn yg telah diwartakan tidak halal oleh JAKIM. Butter Churn sbnrnya adalah mentega bergred tinggi & oleh kerana harganya yg mahal di pasaran berbanding mentega2 lain, Kek Lapis yg digunakan untuk membuatnye juga akan dijual pada harga yg agak mahal. Setakat Kek Lapis yg dijual dgn harga RM10 setiap 1 (seperti dalam gambar di atas), anda tak perlu risau untuk membelinya, k? ;)