e

Thursday, January 5, 2012

Mega Giveaway to U by |Cik AZ & Fahmi Mahat|

Aku join Giveaway pula kali ini :)) Thanks kpd Cik Amalina Zainal & Saudara Fahmi Mahat yg menganjurkannya serta penaja hadiah yg pemurah & baik hati ;) Cayalah!



SENARAI SPONSOR ('',)

Ya Allah, Tenangkanlah Hatiku..

Mungkin ada diantara kita yg hatinya tidak tenteram di saat ini.

Rasa gusar yang tak menentu mengganggu jiwa..

Mungkin kerana kita sedang stress memikirkan sesuatu masalah,

atau teringatkan banyak kerja di pejabat yang perlu diselesaikan..

Boleh jadi, emosi kita terganggu dgn perkhabaran yg kurang enak di dengar.

Barangkali juga, kita merisaukan ttg sesuatu yg perkara belum pasti..

ASTARGFIRULLAHALAZIM..

Mungkin syaitan sedang membolak balik kan hati kita yg lemah..

Ini antara yg aku rasakan hari ini..

Rawatan terbaik, beristirgfarlah.. Mohon pada Nya, semoga hati ini ditenangkan selalu..

Kuching Banjir..


Hujan lebat disertai kilat berterusan dari awal pagi td.. Masih tak berhenti di saat entri ni ditulis, cuma sekejap lebat, sekejap renyai2. Banjir kilat yg berlaku di kawasan Batu Lintang pagi ni menyebabkan kebanyakan sekolah2 di sekitarnya ditutup. Cuma sekolah aku je yg masih beroperasi seperti biasa di waktu ini, memandangkan murid2 kami tinggal di asrama.

Hmm.. dgr khabarnya, ada 2 org murid dr sekolah2 berhampiran yg jatuh ke dalam arus parit air yg deras.. Tak tahulah perkembangan terkini, cuma aku harap & doakan mereka selamat.. Aminn

Korang yg berada di luar sana, berhati2 lah k di musim2 hujan ni

TERBARU

Disnilah berlakunya kejadian malang yg menimpa seorang pelajar dr sekolah menengah berhampiran & seorang pekerja Shell (bukan murid seperti yg sy perkatakan tadi) .. (Kredit kpd Ivy Chin @ FB)




Kejadian ni berlaku betul2 berhampiran dgn sekolah aku. Dulu aku menyewa kat area ni, jalan kaki ke sekolah pun boleh sampai..