e

Tuesday, February 28, 2012

Apa komen perempuan ni kat lelaki kampung

Aku rasa ramai yang pernah dengar lagu Anak Kampung ni. Pada sesiapa yang belum, korang leh dengar dr video kat bawah ni. Simple jek lagunya, tapi rentak Sabahan nya memang melekat la.. Memang catchy song.. Anak2 murid aku rata2nya suka nyanyikan lagu ni ;)



Tapi apa yang aku nak kongsikan hari ni, versi balasan dari perempuan. Korang rasa, apa lah yang si perempuan tu balas bila si lelaki kat atas tu terlalu merendah diri. Jom layan~ ;))

Antara Tangapan Yang SALAH Mengenai CINTA



Mereka mengatakan CINTA MENYAKITKAN, tapi itu TIDAK BENAR. Kesunyian menyakitkan. Penolakan menyakitkan. Kehilangan seseorang menyakitkan. Ramai yang terkelirukan perkara diatas dengan cinta, tetapi hakikatnya, CINTA ialah SATU SATUnya perkara di dalam dunia ini yang menyembuhkan segala kesengsaraan & membuatkan kita merasa satu kehebatan.

Apa yang dapat disimpulkan di sini, perkara2 seperti diatas merupakan hasil/output2 negatif yang wujud dari hubungan satu PERCINTAAN. Banyak faktor yang menyebabkan & mempengaruhi hubungan percintaan ini sehingga hubungan itu terputus di tengah jalan~ seperti tiada keserasian & juga rasa sayang yang telah pudar. Persoalannya di sini, adakah wajar & adil bagi kita menyalahkan CINTA diatas apa yang berlaku? Makna CINTA adalah sesuatu yang positif, indah & membahagiakan, jadi mulai saat ini, semoga kita tidak lagi menyalahkan CINTA. Yang salah itu mungkin anasir2 atau faktor luaran yg selalu mengganggu gugat CINTA. Renung renungkan bersama ;)

Rindunya dengan Firefly


Alhamdulillah, tiket untuk pulang bercuti bulan 3 ni dah dibeli semalam. Macam biasa, Air Asia menjadi pilihan aku yang sentiasa bermain dengan bajet ni. Apepun, aku sebenarnya rindu dengan Firefly. Bukan apa, aku boleh dapatkan tiket yg lebih murah harganya berbanding harga tiket Air Asia, di masa2 Air Asia tidak mempunyai promosi. Lebih praktikal juga untuk aku menggunakan Firefly, sbb destinasinya KLIA, jd mudah untuk aku menggunakan ERL dr KLIA ke Putra Jaya untuk pulang ke Serdang.

Tapi apa boleh buat, sejak akhir tahun lepas, Firefly telah menamatkan perkhidmatannya untuk laluan Kuching-Kl & Kuching JB.. Frust giler rasanya..

Apepun, pasport aku dah nak expired esok. Sampai Februari 2012, sejak Februari 2007.. (lame gak dah aku merantau kat tempat orang ni..) Kalau tak di renew, tak lepas la aku nak balik semenanjung 10 mac ni ;p