e

Wednesday, February 29, 2012

BEN ASHAARI : BLOGLIST APRIL 2012



Salam & selamat malam semua. Kali ni, Mr. Ben buat satu segmen lagi~ Bloglist April 2012. Sebelum ini, Zam pernah menyertai segmen yang sama untuk bulan Februari, & alhamdulillah~ apa yang Zam dapat katakan, sejak menyertai bloglist tu dulu, blog Zam makin dikunjungi ramai. Antara bukti yang boleh dilihat ialah dari pertambahan jumlah komen entri dari pengunjung, yg rata2nya ialah blogger lain. Serius, cara ni betul2 berjaya memperkenalkan blog Zam kepada orang ramai!

Jadi, di kesempatan yg diwujudkan sekali lagi ni, Zam nak sertai segmen ni. Insya Allah, Zam harapkan, rakan2 blogger dr bloglist Februari akan menyertai segmen ni, & begitu juga untuk blogger2 baru di luar sana :)

Mr. Ben letakkan syarat supaya dinyatakan sebab mengapa blog Zam harus disenaraikan dalam bloglist anda. Dengan rendah diri, Zam maklumkan, Insya Allah, blog Zam ni dapat memberikan pengetahuan & input2 yang mungkin tidak pernah diketahui oleh anda semua :)

Jadual PIKOM PC Fair 2012

Ini jadual yang aku dapat dari laman web PC Fair. Tandakan dalam kalendar korang, k ;)


Ya Allah.. Mahalnye!!



Produk Baru: Nikon D800 bertenaga

NIKON melancarkan kamera DSLR model D800 yang dilengkapi pengesan imej beresolusi 36MP dipasangkan dengan pemprosesan imej EXPEED 3.

Pemprosesan terbabit turut memperluaskan fungsi ISO daripada 100 hingga 6400 yang menggunakan sistem 51-point AF seperti didapati pada model D3s.

SPESIFIKASI:
PRODUK: Nikon D800
HARGA: anggaran RM18,000 (BETUL KE IDAK NEHH??)
PAPARAN: 3.2 inci
VIDEO: 1080p pada 30fps
SLOT KAD: zQD
ENJIN: Expeed 3
RESOLUSI: 36MP
DIMENSI: 5.7 x 4.8 x 3.2 inci
BERAT: 1kg

SUMBER: METRO

Bagaimana mereka yang lahir pada 29 Feb menyambut Hari Jadi?


Selamat Pagi Rabu semua~ ;) Menariknya, hari ini adalah hari lompat yg hanya berlaku selang 4 tahun sekali dalam tahun lompat. Jadi dalam entri khas ini, Zam nak ucapkan Selamat Hari Jadi pada anda semua yang meraikkannya!

Zam ada seorang kawan yg lahir pada hari lompat ni~ 29 Februari 1984. Jadi, kalau dikirakan tahun2 lompat yang ada sejak tahun 1984, adakah dia baru menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke 7 hari ini biarpun usia sebenarnya 28 tahun?

Sebenarnya, mereka yang lahir pada tarikh istimewa ini biasanya menyambut Hari Jadi mereka pada 28 Februari atau 1 Mac di tahun2 biasa, & ada juga yang menyambutnya pada kedua2 tarikh tersebut! Di New Zealand, parlimen mereka mengistiharkan 28 Februari di tahun2 biasa sebagai tarikh hari jadi bagi mereka yang lahir pada 29 Februari ;)

Kenapa kita memerlukan tahun lompat ini? Mungkin anda pernah terfikir apakah rasionalnya diwujudkan tahun lompat ini. Untuk maklumat lanjut, anda boleh klik di SINI.