e

Tuesday, April 24, 2012

BLOG PILIHAN MINGGU INI + SEGMEN: BLOG PILIHAN ZAMANI 84

INI ADALAH ENTRI STICKY POST SEHINGGA 24 APRIL 2012

Assalamualaikum Semua.. Hari ni Zam berbesar hati nak memperkenalkan sebuah blog best yang menjadi BLOG PILIHAN Zam minggu ni. Mungkin korang selalu atau pernah ke blog ni, kerana beliau adalah antara blogger yang aktif dan pernah menganjurkan 2 segmen yang mendapat sambutan menggalakkan sebelum ini. Menariknya, di usia blognya yang baru mencecah 4 bulan, dia berjaya mengumpulkan seramai 2333 follower. Satu perkembangan yang positif untuk seorang blogger baru seperti beliau~ Mr. E'raz Fadli


Inilah blog yang Zam akan masuk setiap hari. Entri2 & perkongsian artikel yang ada di blognya memang menarik! SERIUS. & sebab tu, Zam jadikan blog Mr. E'raz Fadli ni sebagai rujukan terutamanya waktu Zam nak menyertai mana2 segmen dari blogger lain. Seorang blogger yang rajin & selalu memberi sokongan kepada blogger baru yang lain. Pada yang baru mengenali blog ini, apa lagi, jom terjah ke blog beliau! ;)

PADA MASA YANG SAMA JUGA, DALAM ENTRI NI, ZAM NAK ANJURKAN SATU SEGMEN UNTUK BLOGGER SEMUA~


Zam berminat dalam mencari blog-blog untuk dimasukkan dalam senarai blog kegemaran Zam. Tiada kriteria istimewa diperlukan. Tidak kira anda blogger baru atau lama, popular atau tidak, blog comey atau biasa2, blog serius atau santai, Zam nak ajak korang semua untuk join segmen ni ('',) Setiap blog ada kelebihan tersendiri kan?

Di akhir segmen, Zam akan pilih 5 blog sebagai BLOG PILIHAN ZAMANI 84 & promosikannya secara esklusif selama seminggu bagi setiap sebuah blog di dalam satu entri STICKY POST (Macam blog Mr. E'raz Fadli yang Zam tampilkan di atas). Selain itu, Zam akan masukkan kelima2 buah blog itu dalam bloglist Zam sampai bila2!

Anda berminat untuk sertai? Mudah saja~ buat SATU ENTRI bertajuk "SEGMEN: BLOG PILIHAN ZAMANI 84", letak banner segmen tersebut (beserta link ke entri Zam ini) & sebaik entri anda di publish, berikan link entri penyertaan anda di ruangan komen di bawah. Mudah kan? Tarikh tutup adalah seminggu dari sekarang~ 24 April 2012 pukul 11.59 malam. Jadi apa lagi, jom join segmen ni & sebarkannya kepada blogger2 lain~~

ENTRI2 BEST!
CARA UNTUK MENJADI LELAKI KACAK
PELUANG UNTUK MEMENANGI LAPTOP, IPAD & IPHONE!
WANG TUNAI RM5000 UNTUK BLOGGER!!

Jom Join Bloglist Sahabat Hackers


Segmen pertama untuk malam ni.. Pada yang berminat nak join, klik je banner di atas untuk ketahui syarat2nya.. Jangan takut ae.. Ni hackers baik punya.. 

Cadangan untuk blog Hackers.. err..Teruskan kesempoian blog anda.. Ok tak? Haha


ENTRI2 BEST!
CARA UNTUK MENJADI LELAKI KACAK
PELUANG UNTUK MEMENANGI LAPTOP, IPAD & IPHONE!
WANG TUNAI RM5000 UNTUK BLOGGER!!

Happy Birthday!!

Entri kali ni Zam tujukan khas untuk seorang blogger yang selalu bertandang & rajin meninggalkan komen di blog Zam ni (^^,) Nak tahu siapa blogger yang Zam maksudkan? Jeng jeng jeng~~


Thanks sebab support blog Zam selama ni ;) Pada rakan2 blogger, jom terjah blog beliau!



 ENTRI2 BEST!
CARA UNTUK MENJADI LELAKI KACAK
PELUANG UNTUK MEMENANGI LAPTOP, IPAD & IPHONE!
WANG TUNAI RM5000 UNTUK BLOGGER!!

Dramatic Sky


Cam cantik lak awan nak dekat senja tadi.. skrg ni kat Kuching dah gelap.. tenang je setiap kali tengok awan ngan langit (bagi aku la).. satu keindahan yang kita selalu tak perasan sbb jarang2 kita mendongak ke langit, kan? 

ENTRI2 BEST!
CARA UNTUK MENJADI LELAKI KACAK
PELUANG UNTUK MEMENANGI LAPTOP, IPAD & IPHONE!
WANG TUNAI RM5000 UNTUK BLOGGER!!

Terima Kasih Pada Yang Menziarah

Masa pulang ke semenanjung Rabu lepas, tiba saja di rumah (Serdang), aku dapati ramai saudara mara dari Kelantan yang hadir. & dari apa yang diberitahu, sebelum jenazah arwah abang ipar dikuburkan, lebih ramai yang datang menziarah.. Rakan2 arwah dari tempat kerja, rakan2 kakak, & saudara mara arwah dari Perak.. Hari2 berikutnya, masih ada saudara mara dari Kelantan yang turun menziarah.. Waktu majlis tahlil pun, rumah tak putus2 dikunjungi tetamu-jiran2 terdekat & jemaah dari masjid.. Terima kasih juga pada rakan baik aku Awang yang terus datang melawat sebaik saja pulang dari Labuan & pada Hafiz yg meluangkan masa datang dari Bangi.. 

Semalam, ikutkan hati ni, rasanya tak mahu lagi balik ke Kuching.. Terpaksalah sabarkan hati dulu dalam tempoh yang terdekat ni.. 


Bila tengok langit depan sekolah, rasa nak terbang balik je selalu..

Jangan Terus Percaya Pada Akhbar- Susulan Kes Pelajar UPSI Terjatuh Dari Bangunan

Untuk berita & perkhabaran terbaru tentang kes Allahyarhamah Fatimah Mina Md Juferi, pelajar UPSI yang meninggal dunia kerana terjatuh dari bangunan, korang boleh dapatkan di blog Kaki Wayang. Jangan cepat percaya & membuat kesimpulan yang bukan2. Tersentuh hati dengan kes ni, tambah2 lagi Allahyarhamah merupakan bakal guru.


Aku tak tahulah korang pernah alami atau tidak situasi macam ni: Terlibat dengan mana2 temuramah dengan pihak wartawan dari mana2 surat khabar. Tapi dari pengamatan aku sendiri yang mengajar di Sekolah Pendidikan Khas yang sering didatangi wartawan, apa yang dimaklumkan/diceritakan pada mereka, dengan apa yang ditulis oleh mereka semula di dalam surat khabar, adalah sangat2 berbeza.. Ada yang ditambah2 untuk menyedapkan lagi penulisan mereka. Sampai rakan aku yang ditemu ramah berasa malu dengan apa yang ditulis oleh wartawan tu.. Hmm..

Hati2lah dalam membuat penilaian.. 1 peringatan yang diajar pada aku sejak lama dulu: Jangan percaya 100% dengan apa yang anda baca..


ENTRI2 BEST! CARA UNTUK MENJADI LELAKI KACAK
PELUANG UNTUK MEMENANGI LAPTOP, IPAD & IPHONE!
WANG TUNAI RM5000 UNTUK BLOGGER!!

Pulang Ke Kuching..Homesick

Baru je sampai dari KL awal pagi td.. pukul 12.. Ngantuknya.. Terasa macam hari Isnin lak hari ni.. Semalam ambil cuti, habiskan masa dengan family di Serdang.. Hmm.. Dah besar mcm ni pun, masih terasa homesick