Tomodachi Sama

Saturday, July 14, 2012

TERKINI 14 JULAI: SEORANG PELAJAR MALAYSIA DI MESIR MENINGGAL DUNIA AKIBAT BERGELUT DENGAN PEROMPAK

"Pelajar tahun akhir Maahad Qiraat Shoubra, maut selepas terjatuh dari sebuah van pengangkutan awam ketika cuba menyelamatkan diri daripada dirompak dua lelaki tempatan, awal pagi Rabu lalu"



Abdul Khafiz ketika koma di Hospital Amal, Ain Shams


Berita gempar & memilukan yang Zam dengar dari seorang rakan awal pagi tadi, mengenai seorang pelajar kita yang meninggal dunia selepas berusaha melepaskan diri dari perompak sewaktu menaik van untuk pulang ke kediamannya. Dimaklumkan, arwah merupakan seorang penuntut tahun akhir di Mesir & pernah menyatakan hasratnya untuk menjadi penduduk tetap di Kaherah.. Ikuti kupasan berita mengenainya di SINI. Sama samalah kita sedekahkan Al Fatihah & Salam Takziah dari Zam untuk keluarga arwah.


» Pelajar Malaysia maut jatuh van selepas bergelut dengan perompak

EDISI SARAPAN PAGI: CARA MENGHASILKAN BISKUT MILO DARI MILO 3 IN 1 DENGAN PANTAS.. UNIK!

CARA PANTAS & UNIK HASILKAN BISKUT MILO DARI MILO 3 IN 1~ JOM SIASAT!
Jom tengok cara penghasilan biskut Milo yang unik ni. Zam ambil gambar ni dari FB..




Sebenarnya, ramai juga yang dah tahu tentang cara ni & praktikkannya sebelum ni. Tentang rasa, ada yang kata rasanya pahit.. Entahlah, mungkin sebab dipanaskan sampai terhangit sikit kot.. Apapun, tips tambahan, lepas diseterika, jangan terus dimakan! Panas weh.. Tunggu sejuk dulu, baru ngap, okey?

Friday, July 13, 2012

INIKAH TAKRIFAN KEMANISAN SEORANG LELAKI PADA WANITA? JOM SELONGKAR!

INFO UNTUK LELAKI YANG INGIN MENGUBAH PENAMPILAN DENGAN CARA PALING MUDAH + UNTUK WANITA JUGA (ZAM NAK TAHU PENDAPAT ANDA!!)


Apakah takrifan 'kemanisan' seorang lelaki pada seorang wanita? Adakah apa yang Zam akan ceritakan disini suatu teori yang tidak bersandarkan sebarang hujah semata2? Jom tengok!




Baru2 ni Zam ada terjumpa satu quote di Facebook.. Mungkin ada diantara korang yang pernah membacanya..




Haa.. Bagaimana? Pada wanita, lelaki dewasa yang berjanggut itu lebih manis dipandang.. Pendapat individu adalah berbeza, tapi adakah ini pendapat majoriti wanita? Itu yang Zam nak tanyakan & minta pendapat wanita2 di luar sana yang membaca entri Zam kali ini.

Apapun, jom kita kaitkan dengan beberapa hadith Rasulullah S.A.W berkenaan amalan memelihara janggut.. Umum, ramai diantara kita tahu tentang amalan sunnah ini kan, jadi Zam nak kongsikannya dalam entri kali ini

Hadis #1
Aisyah rah meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda, "Sepuluh perkara adalah fitrah yang mana mengerat misai dan menumbuhkan janggut itu disebutkan" (dari Abu Daud)

Hadis #2
Dari Abu Hurairah, Rasulullah bersabda, " Di antara fitrah Islam ialah mengerat misai dan memanjangkan janggut kerana sesungguhnya orang-orang Majusi memanjangkan misai mereka dan mengerat janggut, berbezalah kamu daripada mereka dengan mengerat misai kamu dan memanjangkan janggut-janggut kamu" (Ibnu Hibban)

Hadis #3
Di dalam sebuah hadis yang di petik dari "Musannaf Ibn Abi Sayiban" di beritakan seorang Majusi yang telah mencukur janggutnya dan mempunyai misai yang panjang datang kepada Rasulullah saw. Tatkala melihatkan ini
Rasulullah saw bersabda. " Di dalam agama kami, kami diperintahkan mengerat misai dan memanjangkan janggut"


Tertarik dengan quote yang temukan di FB itu berserta hadith2 ini yang mengukuhkannya lagi, jadi Zam tanpa berfikir panjang terus mempraktikkannya.. Hasilnya? Hmm.. Alhamdulillah.. Bukan nak membangga diri, tapi Zam akui teori itu ada juga benarnya.. & Zam sukakan penampilan sekarang.. Pada lelaki di luar sana yang tidak menyimpan janggut, Zam syorkan korang untuk lakukan seperti apa yang disunnahkan dalam Islam.. Tak perlu panjang & tebal, sedikit sahaja sudah memadai.. Cubalah! & lihat hasilnya ;)


Thursday, July 12, 2012

10 Alasan Tidur Lewat Paling BEST! Jom Semak!!

MUNGKIN INI SEBAB & ALASAN SETIAP MALAM KORANG TIDUR LEWAT? JOM SEMAK!!




Sebenarnya entri ni dah lama aku simpan dalam draft, sejak bulan 4 lagi.. (Haha.. Nak buat pekasam ape?) Tiba2 je teringat balik kat entri yang tak habis ditulis ni, jadi tadi aku selongkar balik dalam draft.. Jadi, jom kita tengok.. Ada tak alasan yang aku senaraikan kat sini ada persamaan dengan korang.. Tak pun, mungkin korang ada tambahan & alasan tersendiri yang lagi best? Jom semak!

10 Alasan Tidur Lewat:

1. Stress
2. Insomnia
3. Tengok bola
4. Terlebih caffein
5. Online Facebook
6. Layan cite best kat tv
7. Sms/ borak dengan aweks
8. Lepak kedai mamak 24 jam
9. Buat assignment last minute
10. Update blog, ping entri, blogwalking, & semua yang berkaitan dengan blog!

Dah! G tido semua! Esok keje ;p



Wednesday, July 11, 2012

EDISI LAWAK USTAZ AZHAR IDRUS: APA PATUT KORANG BUAT KALAU JUMPA HANTU!?

EDISI LAWAK DARI USTAZ AZHAR IDRUS~ SERIUS BEST!!




Terjumpa gambar ni kat Facebook tadi. Sebab aku rasa menarik untuk dikongsikan bersama, jadi aku letak sini. Plus, aku memang salah seorang peminat Ustaz Azhar Idrus ni. Sebab tu dalam blog ni, aku himpunkan entri2 tentang UIA, antaranya:


Selain entri ilmiah diatas, Zam juga suka kongsikan beberapa hasil fotografi menarik dari beliau. Jangan tak tahu, Ustaz Azhar Idrus ni fotographer terkenal juga! Tak percaya? Jom terjah entri di bawah ni ;)


Harap korang dapat temukan informasi berguna kat blog Zam ni ;) Pada yang selalu berkunjung ke sebelum ni, Zam minta maaf kalau Zam tak aktif mengupdate sehari dua ni.. Semalam sibuk dengan pogram 1 Murid 1 Sukan di sekolah, & hari ni terlibat dengan taklimat di PPD Kuching.. Serius penat!

Tuesday, July 10, 2012

(GAMBAR) NATASHA HUDSON, TASHA SHILA, DATO SITI NURHALIZA & FAUZIAH LATIF DALAM 5 STARS RAYA SHOW II

FOTOGRAFI NATASHA HUDSON, DATO SITI NURHALIZA, TASHA SHILA & FAUZIAH LATIF DI MALAM PERTUNJUKKAN FESYEN~ 5 STARS RAYA SHOW~ DARI THE KLIKER




Monday, July 9, 2012

DETIK TERHENTI.. SAAT SAHNYA LAFAZ AKAD DI MAJLIS ELLA & AZHAR




kredit: Mukhriz Latif & Udey Ismail

GAMBAR: JULIANA EVANS DI MAJLIS PERNIKAHAN ELLA & AZHAR

FOTO ESKLUSIF DARI OFFICIAL PHOTOGRAPHERS SEMPENA MAJLIS RESEPSI KEDUA IRMA HASMIE & REZA SYAH

12 FOTOGRAFI ESKLUSIF SEMPENA PERSANDINGAN KEDUA DI MAJLIS RESEPSE PIHAK PENGANTIN LELAKI, DARI THE MOMENT~













GAMBAR ESKLUSIF SEMPENA MAJLIS PERNIKAHAN ELLA & AZHAR GHAZALI, DARI OFFICIAL PHOTOGRAPHERS!

DETIK MANIS YANG DIRAKAMKAN SEPANJANG MAJLIS PERNIKAHAN ELLA & AZHAR GHAZALI, DARI JURUGAMBAR RASMI, MINISTRY OF MOMENT~ MENARIK!! (6 GAMBAR)






GAMBAR: NEELOFA MENUNAIKAN UMRAH, BERTUDUNG LITUP SEBELUM KE SANA

GAMBAR TERBARU NEELOFA SEBELUM BERANGKAT KE TANAH SUCI & SEWAKTU MENGERJAKAN UMRAH



Menurut sumber, Neelofa mengambil kesempatan dalam menjalani sesi penggambaran Drama Bersiri Kau Yang Terindah di Kota Suci untuk menunaikan umrah. Siri 26 episod itu merupakan arahan terbaru Erma Fatima. Berikut adalah beberapa gambar yang dikongsikan oleh beliau di Twitter. Apapun, selamat menjalankan ibadat umrah di sana~