e

Sunday, July 22, 2012

1 Hari 1 Amalan~ Ramadhan Hari Ke 2!

ARIEL Peterpan Dibebaskan Hari Ini, Tidak Mahu Pembebasan Jadi Tontonan Ramai

"Setelah dijatuhkan hukuman penjara tiga tahun enam bulan pada 31 Januari tahun lalu, Ariel hanya mengharapkan kehadiran ibu bapa untuk menyambutnya."




Pejam celik, 3 tahun setengah dah berlalu sejak Ariel dipenjarakan.. Cepat je rasa masa berlalu sejak dengar berita dia dipenjarakan dulu.. Tapi tak tahulah bagi Ariel sendiri.. Tak dapat bayangkan, macam mana lah kehidupan seseorang yang pernah bebas selama ni, tiba2 terpaksa meringkuk dalam penjara menghabiskan masa hukuman dalam keadaan yang terkonkong.. Berikut adalah sedutan artikel dari Utusan Malaysia.


"JAKARTA 21 Julai - Vokalis utama kumpulan Peterpan, Nazriel Irham atau Ariel, yang akan dibebaskan secara bersyarat dari penjara Kebon Waru, Bandung esok, tidak mahu pembebasannya itu menjadi tontonan ramai.

Ariel hanya mengharapkan kehadiran ibu bapanya, selain meminta untuk terus pulang ke rumah.

Terdapat khabar angin menyebut, ada seorang wanita yang dipercayai kekasih terbarunya akan menjemputnya di penjara.

"Bagaimanapun, Ariel enggan dijemput oleh kekasihnya atau orang lain. Dia hanya mahu dijemput orang tuanya," kata petugas penjara berkenaan, Pipit kepada media tempatan.

Ariel ditahan pada 23 Jun 2010 selepas didapati terlibat dalam kes penyebaran video porno dengan dua artis wanita , Luna Maya dan Cut Tari.

Bagaimanapun, sejak Ariel dijatuhkan hukuman penjara tiga tahun enam bulan pada 31 Januari tahun lalu, nama Luna Maya dan Cut Tari senyap."

JAMES HOLMES, Penembak Rambang Di Tayangan Filem Batman Dakwa Dirinya Sebagai JOKER!~ SADIS!!

JAMES HOLMES DILAPORKAN SUDAH MEMPERSIAPKAN DIRI SEJAK DUA BULAN LALU UNTUK MELANCARKAN KEGANASAN.

SADIS. Bagi mereka yang mengikuti siri Batman, pasti mengenali watak seteru nombor 1 hero tersebut~ JOKER. Umum tahu Joker digambarkan sebagai seorang yang sadis, kejam & gila. Bila terbaca berita mengenai kejadian tembakan di sebuah pawagam dekat Colarado semalam ( ketika tayangan filem terbaru BATMAN: The Dark Knight Rises), aku dah mula rasa kejadian itu pasti ada kaitan dengan pengaruh dari filem Batman itu sendiri. Mana tidaknya, orang awam dibunuh secara kejam & semberano.. sama seperti plot plot dalam siri Batman yang selalu dimainkan sebelum ini. Isk.. Mungkin pembunuh seorang yang taksub dengan watak antagonis tersebut.. Ikuti ulasannya dalam artikel berita di bawah:



"DENVER: Pemuda yang melepaskan tembakan rambang terhadap penonton di sebuah pawagam ketika tayangan filem Batman, ‘The Dark Knight Rises’ di sini kelmarin, mendakwa kepada polis bahawa dialah ‘Joker,’ musuh Batman.

James Holmes, 24, memberitahu demikian ketika disoalsiasat.

“Dia berkata ‘Sayalah Joker’ kepada penyiasat,” kata pegawai kanan polis New York, Ray Kelly seperti yang dipetik oleh stesen televisyen ABC.

Holmes bukan setakat mengaku demikian tetapi turut bersolek seperti musuh utama Batman itu.

Rambutnya diwarnakan merah seperti penampilan Joker.

Polis juga mendedahkan Holmes yang dituduh membunuh 12 orang dan mencederakan 58 yang lain, mengikuti kursus sains neuro di Universiti Colarado tetapi berhenti daripada program PhD kira-kira setahun lalu.

Lebih mengejutkan lagi, lelaki yang dikatakan suka menyendiri itu dilapor sudah mempersiapkan diri sejak dua bulan lalu untuk melancarkan keganasan.

Senjata yang dimiliki Holmes ketika melakukan serangan termasuk 3,000 peluru, raifal A-15 bersama-sama dengan 100 magazin peluru yang boleh melepaskan 60 pusingan tembakan seminit.

Dia dilapor membeli senjata berkenaan menerusi Internet tanpa sebarang pemeriksaan untuk memastikan dia tidak berniat jahat.

Rancangan penuh Holmes itu didedahkan oleh Ketua Polis Aurora, Dan Oates, pada sidang akhbar yang menyaksikan dia hampir menangis dan berikrar memastikan Holmes di penjara kerana perbuatannya itu.

Menurut Oates, Holmes mengumpul senjata itu selama 60 hari sebelum melakukan pembunuhan itu.

“Dia membeli empat senjata di sebuah kedai senjata tempatan dan menerusi Internet, dia membeli 6,000 peluru, lebih 3,000 untuk raifal, 3,000 lagi untuk pistol glock, 300 lagi untuk senapang patahnya.

“Apa yang saya difahamkan, semua senjata itu dimilikinya secara sah,” kata Oates
Holmes melakukan keganasan itu di pawagam Century 16, Aurora ketika 'The Dark Knight Rises' baru bermula kira-kira 15 minit.

Dia kini ditahan di Penjara Arapahoe County dan akan dihadapkan ke Mahkamah Daerah Arapahoe esok.

Seorang pelajar yang menetap di kawasan kediaman Universiti Colarado, berhampiran rumah Holmes berkata: “Tidak ada orang mengenalinya. Tidak ada.”

Dia memasang dengan kuat lagu tehcno dari stereonya beberapa jam sebelum pembunuhan itu dan membiarkan muzik itu berulang-ulang ketika meninggalkan apartmennya untuk melakukan pembunuhan. - Agensi"


SUMBER

Isk3..