Pages

Monday, September 15, 2014

(Gambar) Pencemaran Yang Cantik? Tapi Ia Benar-Benar Ada!



Selepas melihat dua gambar di atas, dapatkah anda meneka apakah sebenarnya batu pantai bewarna warni itu? Adakah ia sesuatu yang semulajadi, di keluarkan dari perut bumi?

Sebuah pantai di Fort Bragg, California memiliki keistimewaan sendiri kerana mempunya pantai berbatu yang sangat cantik dan jernih. Sekali imbas, ia bagaikan batu kristal yang sangat indah, tapi tahukan anda ia sebenarnya adalah kaca?

Beberapa tahun dahulu, pantai tersebut telah dicemari dengan sisa pembuangan/sampah yang sangat teruk termasuklah kaca-kaca ini. Setelah dibersihkan, pihak berkuasa telah memutuskan untuk meninggalkan hanya kaca-kaca tersebut.

Tapi, yang anehnya kenapa kaca-kaca itu berbentuk bujur dan tidak tajam?

Itu lah yang bermain di fikiran Zam pada mulanya.

Namun setelah mencari maklumat, barulah Zam dapat tahu bahawa kesan dari alam semulajadi seperti ombak dan aliran air yang konsisten menyebakan botol botol kaca yang dibuang ke laut pecah, terhakis dan dibentuk sedemikian rupa. Sama seperti kejadian batu-batu sungai.

Namun, ia perlu mengambil masa yang lama- 7 hingga 10 tahun untuk terbentuk seperti itu.. Menakjubkan!

Untuk bacaan lanjut, anda boleh melawati PAUTAN INI.

10 comments:

  1. lama tu nak shape kaca tajam sampai bujur

    ReplyDelete
  2. cantiknyaaa...xnampak mcm pencemaran pom..

    ReplyDelete
  3. SubhanAllah. Cantiknyee. Memule tengok td betul-betul nampak cam sampah. Second pic dah nampak lain.

    ReplyDelete
  4. owh, xsangka pulak sbb ada tgk tmpat ni dlam 10 the most beautiful places over the world..rupanya mmg kaca la eh..

    ReplyDelete
  5. cantik sangat. so tak payah takut la if jalan tak pakai slipper atas kaca tu hihi

    ReplyDelete
  6. Cantiknyerrr ........tapi kalau kita pijak masa tengah berjalan dan ianya pecah tak bahaya ker huhuhu

    ReplyDelete
  7. penah tgok yg nih tapi tak terlintas langsung nak terfikir pasal bentuk kaca yg bulat.. thanks new info XDD ahaha

    ReplyDelete
  8. cantik. tak mcm pencemran pun. tapi pasaipa buang kaca tepi pantai? kaca je pulak tu

    ReplyDelete