Pages

Monday, October 20, 2014

Hukum Memegang Anjing Dengan Sengaja | "SAJA-SAJA"

Assalamualaikum dan selamat petang buat pembaca semua.

Tentu ramai diantara kita yang memperkatakan tentang isu program I want To Touch A Dog akhir-akhir ini. Program tersebut yang dilihat disertai oleh ramai orang Islam kita sendiri telah mengundang pelbagai kontroversi. Ramai yang membantah, dan ramai juga yang menyokong.

Zam sebenarnya rasa terpanggil juga untuk memberikan komen mengenainya, dalam skop berkongsikan pendapat peribadi dari apa yang Zam faham dan dari bacaan Zam selama ini mengenai isu tersebut- memegang anjing secara sengaja:

Gambar Hiasan~ Panda Dog, antara jenis anjing yang menyerupai haiwan panda

(Ini Ialah Pendapat Peribadi)

Umum mengetahui, anjing dikategorikan sebagai najis berat (najis mughallazah yang perlu di samak) apabila ia (anjing) dipegang dalam keadaan basah. Ini pendapat yang terkandung dalam Mazhab Syafie.

Dalam keaadaan kering, ia dianggap sebagai bukan najis.

Dan disebabkan itu, ramai yang berasa dan menganggap tidak mengapa untuk memegangnya dalam keadaan kering.

Namun, apa yang dikhuatiri ialah air liur anjing, lendir dari hidung yang kering mahupun basah terpalit pada badan/bulu anjing tersebut tanpa kita sedari. Jadi adalah lebih baik untuk kita mengelakkan diri dari memegang haiwan tersebut.

Apapun,

Takut-takut juga, bermula dengan tanggapan memegang anjing dalam keadaan kering itu tidak mengapa, jadi ada individu yang berkira-kira untuk memeliharanya.

Bagaimana pula dengan hukum memeliharanya?

Diharuskan memelihara anjing untuk tujuan berburu, memelihara keselamatan rumah daripada dimasuki oleh pencuri, menjaga tanaman, rumah, harta benda dan sebagainya. Tidak dibolehkan memelihara anjing untuk tujuan hobi (pet) atau dijadikan sebagai binatang hiasan di rumah. 

Berdasarkan syarah Imam Nawawi dalam Kitab Majd al-Musyarah wa Muhadzah, juz 9, halaman 9 menjelaskan bahawa tidak boleh memelihara anjing kecuali untuk berburu binatang, menjaga binatang ternakan, menjaga tanaman dan menjaga keamanan rumah. (RUJUKAN)

Sepertimana yang Zam katakan, entri ini hanyalah berdasarkan pendapat Zam sebagai muslim, bukan sebagai USTAZ. Jika ada sebarang percanggahan pendapat, ia harus dirujuk pada ulama.

Untuk membaca dengan lebih lanjut hukum ini, anda boleh ke PAUTAN INI (klik). Pencerahan telah ditulis oleh Dr. MAZA dengan sebaiknya, dan menarik untuk dibaca.

8 comments:

  1. menarik zam dengan ada pencerahan seperti ini

    ReplyDelete
  2. Betul cakap zam tu.. Basic pd pembalajaran dan pengetahuan kita psl binatang ni.. Apa pun saya rasa makin takut dengan dunia sekarang.. Thank you for sharing ya..

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum...

    Terpanggil juga akhirnya dengan entri "I Want To Touch A Dog"...

    Bagus dengan pandangan Bro Zamani...Kami ada teringin ke event tu baru-baru ni tetapi di sebabkan kerja-kerja penting yang perlu di uruskan...So tak dapatlah kesana...Akhirnya mengundang kontroversi yang hangat di media internet khususnya...

    Sebelum adakan sesuatu event tu perlu kaji baik dan buruk dari segi sudut islam dan sensitiviti umat islam. Itu sahaja..

    Semoga yang terbaik...

    ReplyDelete
  4. agree dengan zam, back to basic on the knowledge that we have...

    ReplyDelete
  5. perkongsian yang bermanfaat.moga ianya lebih jelas

    ReplyDelete
  6. Dah terang jelas pun hukumnya. Masalahnya, apa niat dan tujuan pihak yang menganjurkan kempen ni?

    ReplyDelete
  7. kisah anjing yang hot hari ini.. hehehe..

    salam kenal from kak kep di doha ;-)

    ReplyDelete
  8. hurm tak kisah pun sebenarnya kalau nak pergi program tuh, tapi kalau nak sentuh saja-saja memang tak lah.. kita sendiri tahu hukum dia..

    tangan pulak mmg jenis berpeluh, so tak sanggup nak membuat perkara yg sia-sia, nanti nak kena samak pulak TT^TT (even though doggies sangatlah cute!!!) :'( kena bertahan.. ada sebab kenapa Allah tak bagi saja-saja pegang anjing, keturunan anjing and babi.. TT^TT

    betul tu, kita macam tatau, anjing selalu keluarkan lidah dan air liur dia.. so mmg dah tak yakin dekat situ.. yang org kita ni pulak adehhhh...

    ini kalau buat program I Want to Touch a Pig, agak-agak ada tak Muslim yg nak pergi??? ahahaha

    nak seram apa sangatlah dengan anjing lol XD (mmg lah anjing ni bahaya dari segi penyakit yg dia bawa, and even manusia boleh mati kalau kena gigit)

    tapi kalau niat nak tolong anjing bila dia perlukan belas ihsan manusia, tolong je lah, takyah pegang2 ni..

    dah kalau dia tetiba datang dekat kita (kita tak buat apa-apa pun) and dia mai wagging tail dia and jilat kita tetiba, apa boleh buat, sila sertu diri anda ahahaha XDD

    anyway, betul apa yg dicakapkan.. kalau ada yg berfikiran "oh, lepas nih boleh lah bela anjing" habislah masyarakat Islam.. haishhh...

    pst:/ I love doggies and a Muslim.. I love them because theya re so cute, fluffy, big, loyal and caring but yeah... ada sebab kenapa Allah tak kasi kita pelihara dia sebagai pet... TT^TT sabar sajalah.. (nak jugak pet yg mcm tuh, bela Red Fox, perghhh cun!!!) :D

    ReplyDelete