Pages

Friday, October 10, 2014

Pada Setiap Yang Bernyawa Ada Pahalanya


بينما رجلٌ يمشي بطريقٍ ، اشتدَّ عليه العطشُ . فوجد بئرًا فنزل فيها فشرب. ثم خرج . فإذا كلبٌ يلهثُ يأكلُ الثَّرى من العطشِ . فقال الرجلُ : لقد بلغ هذا الكلبُ من العطشِ مثلَ الذي كان بلغ مني . فنزل البئرَ فملأ خُفَّه ماءً ثم أمسكه بفيه حتى رقِيَ . فسقى الكلبَ فشكر اللهُ له . فغَفر له . قالوا يا رسولَ اللهِ ! وإنَّ لنا في هذه البهائمِ لَأجرًا ؟ فقال : في كلِّ كبدٍ رطبةٍ أجرٌ 

“Tatkala seorang lelaki sedang berjalan pada sebuah jalan terasalah olehnya dahaga yang sangat. Lalu ia mendapati sebuah sumur dan bersegeralah ia menuruninya untuk minum. 

Ketika keluar, tiba-tiba dia melihat seekor anjing menjulurkan lidah sambil menjilat-jilati debu kerana sangat haus. Lelaki itu berkata: “Anjing ini sedang kehausan seperti aku tadi”. 

Lalu turunlah dia kembali ke dalam sumur untuk memenuhi sepatu kulitnya dengan air lalu digigit agar dapat naik kembali. Kemudian ia meminumkan air itu kepada anjing tersebut. ALLAH berterima kasih kepadanya lalu mengampuninya. 

Para sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah, apakah kami akan mendapatkan pahala kerana binatang-binatang seperti ini?” 

Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam menjawab: 
\
“Pada setiap yang bernyawa (makhluk hidup) ada pahalanya.” 

(HR Muslim)

4 comments:

  1. berbuat baiklah kerana mereka juga makhluk ALLAH..

    comel tgk meow tu..

    ReplyDelete
  2. melihat photo orang sedang memberi sedikit daging diatas sangat menyentuh sekali, terima kasih sudah berbagi artikel yang bagus sekali. obat paru-paru basah

    ReplyDelete