Pages

Monday, November 10, 2014

Bubur Asyura Dalam Tempurung, Makan Dengan Daun Nenas



Assalamualaikum dan selamat malam semua.

Sempena bulan Muharam ni ni, tambah-tambah lagi sempena Hari Asyura, tentu ramai yang mengadakan majlis bubur Asyura, berkumpul ramai-ramai dengan keluarga dan bergotong royong membuat bubur ini.

Kalau di tempat Zam (Kelantan), tempoh memasak bubur Asyuranya mengambil masa yang lama, jadi memang kena dibuat dalam kawah seperti memasak dodol dan dikacau beramai-ramai serta bergilir-gilir.

Bila dah siap, rupanya seperti dalam gambar diatas. Biarpun hitam, rasanya enak.. Nak tambahkan lagi ciri-ciri tradisional, gunakan tempurung kelapa yang telah diparut bersih sebagai mangkuk, dan gunakan sudu dari daun nenas yang diraut untuk mencedoknya.. Unik!

Gambar ini diambil oleh pakcik Zam di Kelantan. Cara makan tu, macam seronok ;)

7 comments:

  1. sedapnya.. first time nampak makan macam ni.. :D

    ReplyDelete
  2. memang unik kot..tak pernah pulak makan dalam tempurung..siap guna daun nenas utk decok.

    ReplyDelete
  3. baru je lepas makan bubur asura ni.. :D

    ReplyDelete
  4. ni first time nampak makan bubur asyura pakai tempurung :3

    ReplyDelete
  5. sangat tradisional ni..ingatkan daun pandan tadi tu..mesti lagi sedap rasanya kan

    ReplyDelete