Pages

Sunday, February 21, 2016

Maksud Raver

Assalamualaikum readers



Sejak semalam, viral di media sosial mengenai budak-budak raver. Apa yang jelas, video yang diviralkan menunjukkan segelintir anak-anak remaja yang menari dengan lentok badan yang tidak biasa dilihat oleh kebanyakan pengguna media sosial. Jadi ramai yang bertanya, apakah sebenarnya raver ni?

Mungkin remaja-remaja yang menggelar diri mereka sebagai raver sahaja yang faham. Atau, mungkin ada juga dikalangan mereka yang hanya mengikut trend semasa tanpa mengerti maksud sebenar raver.

Mengikut kamus urban, raver ni budaya remaja yang mengikuti pesta/parti tari menari yang diiringi muzik techno yang dimainkan DJ. Mereka akan menari mengikut rentak muzik parti yang dimainkan, dengan pergerakan tubuh badan yang sukar dijangka, laju dan tidak tersusun.

Mugkin tak semua remaja yang menggelar diri mereka sebagai raver ni mengikuti pesta tari menari yang dimaksudkan, dan mungkin ada dikalangan mereka yang mempelajari tarian tersebut bukan dengan menghadiri parti yang tidak sepatutnya. Apapun ibu bapa, pantaulah anak-anak anda.

Apa yang jelas, ia adalah pengaruh budaya dari negara barat yang telah menular dalam masyarakat kita tanpa disedari terutamanya oleh ibu bapa.

Adakah ia satu gejala sosial yang melanda para remaja kita?

Mungkin anda boleh menilainya an memberikan presepsi sendiri menerusi video yang dikongsikan.

Masihkah anda ingat ketika kemunculan trend hip hop satu ketika dulu? Begitulah juga dengan raver ini.

Bila ia melibatkan para remaja kita yang mula menerokai dunia dengan lebih bebas dan tanpa kawalan dan panduan, maka sudah semestinya sebagai ibu bapa kita menjadi risau. 

Sebagai remaja, jiwa mereka mudah memberontak, dan mereka mencari cara untuk meluahkan ekspresi mereka, jadi masyarakat terutamanya ibu bapa perlu membantu anak-anak mereka dalam mencari arah yang betul dalam membentuk imej kendiri mereka ketika remaja.

PS: Rasa tak manis juga, bila melihat remaja kita bercampur lelaki perempuan menari seperti ini.. Apatah lagi yang bertudung.. 

2 comments:

  1. okayyyyy.. cha baru tahu hahaha. ketinggalan betul -_-'

    ReplyDelete
  2. rasa sedih tgk remaja kita ....suka ikut sesuatu yang tak manis dipandang dan tak ada faedah

    ReplyDelete