Pages

Monday, October 24, 2016

Resepi Kek Keju (Dengan Teh Hijau) Paling Mudah

Assalamualaikum readers.

Hari ni Zam nak kongsikan resepi yang baru Zam buat Sabtu lepas, dan ia adalah resepi Kek Keju yang paling mudah untuk disediakan. Nak nampakkan sedikit kelainan, Zam campurkan teh hijau untuk menghasilkan kek keju dua lapis ini. Jom kita lihat resepinya di bawah:


Bahan 1
4 biji telur
500 gram sponge cake flour (tepung kek span)
1/2 cawan minyak masak
1/2 cawan air
1 sudu teh serbuk teh hijau

Bahan 2
250 gram keju Totura
Setengah tin susu pekat manis

Cara Membuat Adunan Kek
Pukul telur selama 45 minit-1 jam, kemudian masukkan minyak sedikit demi sedikit, di ikuti dengan air sedikit demi sedikit. Seterusnya, masukkan tepung ke dalam adunan telur+minyak+air tadi sedikit demi sedikit. Teruskan memutar adunan sehingga adunan nampak gebu.

Setelah siap, asingkan adunan kepada dua bahagian, dan masukkan sedikit serbuk teh hijau ke dalam salah satu adunan. Bakar kedua-dua bahagian adunan secara berasingan dengan suhu sekitar 135 darjah selsius selama 35 minit (untuk oven bersaiz sederhana)

Cara Membuat Krim Keju
Pukul keju Tortura sehingga lembut, dan kemudian masukkan setengah tin susu pekat manis. Sapukan di lapisan tengah antara dua adunan kek yang telah dibakar tadi dan sapukan juga di bahagian atas kek.

(kredit kepada rakan Zam yang memberikan resepi ini)



Tips:
  1. Gunakan suhu yang rendah (135 darjah) untuk oven yang bersaiz sederhana kerana suhu yang tinggi akan menyebabkan kek menjadi cepat hangit. 
  2. Jika menggunakan food mixer yang bersaiz besar, adalah memadai memukul telur tersebut selama 30 minit.
  3. Untuk hasil yang terbaik, gunakan tepung sponge cake (kek span) yang dijual di kedai-kedai bakeri.

1 comment: