e

Monday, January 19, 2009

HaPpY BiRtHDaY HiKkI!!




Hari ni genap 26 tahun usia penyanyi kegemaran ku Utada Hikaru/宇多田 ヒカル (Hikki/ヒッキ) Lagu pertama yg aku dgr darinya adalah First Love (1999), tapi aku sebetulnya mengenali dia selepas melihat MV Can You Keep A Secret (2001). Hikki mencipta kegemilangannya selepas lagu First Love menjadi hit dgn jualan album mencecah 10 juta di seluruh dunia. Aku sendiri secara personal amat menyukai lagu itu, kerana keindahan melodi dan liriknya.



Hikki: First Love


Abangku ada membelikan album Hikki yang kedua, Distance(2001) dengan duit elaunnya yg pertama ketika menuntut di kolej dulu, beserta album A Best (Ayumi Hamasaki) untuk aku, setelah dia melihat aku terlalu meminati lagu Jepun. Kebetulan waktu itu kedua2 artis ini bersaing sesama mereka dalam carta penjualan album. Secara tak langsung abangku lah yg telah menyebabkan aku mengilai mereka berdua :P


Kulit depan album Distance


Ayumi Hamasaki : A Best


Selepas itu, aku terlihat pula MV terbaru Hikki- Final Distance yang membuatkan aku benar2 tersentuh dgn lirik & melodinya, ditambah dgn MV yg terlalu abstrak. Kemudian barulah aku tahu ia adalah tanda dedikasi Hikki kepada seorang kanak2 perempuan yg juga merupakan peminatnya, Rena Yamashita yg menjadi mangsa pembunuhan di Ikeda, Osaka. Di dalam kejadian itu juga beberapa orang murid terbunuh, dan sebilangannya tercedera termasuk dua org guru.





Aku sebenarnya ingin selalu mendengar lagu ini, jd aku telah merekodnya dgn menggunakan walkman kakak ku ketika ia dimainkan di TV. Kemudian, awal 2003 ketika aku baru menuntut di maktab, aku terjumpa dengan DVD Hikki yg memuatkan MV Final Distance (UH3+). Aku takkan lupa, elaun pertama yang aku perolehi pada March 2003 digunakan untuk membeli DVD itu dengan harga RM38. Itulah harta pertama ku yang aku cukup sayang ketika itu.




Ada sekali di akhir tahun 2004, aku merajuk dgn abangku, dan untuk memujuk ku, dia membelikan album Bahasa Inggeris pertama Hikki- Exodus di KB Mall, beserta dengan album Misha Omar Aksara :P





Terkini, Hikki telah mengeluarkan single terbarunya pada bulan Mei tahun lepas. . Nak kene cari nih. .



10 comments:

  1. abg zam,hikki call aimer td.dy kate thnks sbb wat post special ntuk besdei dy.dy terharu sgt...keh keh

    ReplyDelete
  2. pastu dia ada ckp gak kan aimer kalo ada kek2 ke adiah2 ke soh bagi je kat mama...huhu

    ReplyDelete
  3. so cikgu bleh ke speaking japan nie...
    hehehe...

    kakak saye pown cikgu gak...
    tapi kakak saye nie minat giler dgn drama, filem & lagu2 korean, japan, chinese...

    aduyai...
    pelik aku cikgu2 di malaysia nie...
    hehehehehe...

    ReplyDelete
  4. eh mesti la dia blajar bhs jepun
    kang tak tau lak nak luahkan apa2 perasaan yg membuak2 kat dada tu..

    takot jadi cam ayam ckp ngan itek
    hahahhahahhahaha

    ReplyDelete
  5. >>Mama
    !!????

    >>Helmi
    Pelik ke.. Unikss? H e h e

    ReplyDelete
  6. apa yg unik?
    org ske tgk drama/filem jepun/korea/china ke?

    kalo camtu mama ni dlm golongan yg unik la gak kan? hehehehe

    oooooo soong-yuh ku

    ReplyDelete
  7. Salam. Ada jual di KB Mall kah album Jepun ni? Kat kedai mana ye?

    ReplyDelete
  8. Btw, I like some of the Ayumi's songs too~

    ReplyDelete