e

Saturday, January 17, 2009

Hari-Hari Ku Di Sekolah

16 Januari, Jumaat

Aku mcm nak gelak pun ada hari ni. Tak pasal2, bas yg aku naik utk ke sekolah pagi ni buat hal. Mati enjin. Ni kali kedua dah ni. Tapi kali ni mcm tak percaya bila uncle driver mintak tolong penumpang2 ni tolak bas.. uncle you not kidding right?? Aku tengok budak sekolah menengah yg selalu naik dgn aku tu dah turun nak tolong. Alamak tak macholah mcm ni.. aku kene turun gak ni.. sampai bawah ade 5 org yg menolak termasuk aku.. yg lain kat dlm bas cuma tinggal budak2 perempuan n pakcik makcik.. buat berat bas je hehe

EEEEEYYYYYAAAARRRGGGGHHHHHH

Aku tolak sambil uncle driver cube hidupkan enjin tp enjin bas tetap tak nak hidup. Kali kedua kami tolak lg teruk. Sikit pun tak gerak. Aku dah tersipu2 malu sbb ramai yg tengok kitorang. Korang ingat aku otomen ke?? Last2 bas tu ditolak oleh sebuah lagi bas dari belakang. . Hah! Hidop pun enjin kitorang tewus naik.. cume kesian kat budak2 sekolah tu sampai lewat kat sekolah terus kene tahan pengawas.. diorang masuk kul 7.10, tp aku rilek je sbb aku masuk 7.30 hehe

Hari ni gak ada Uncle2 dr mana ntah aku pun tak pasti datang nak bagi Angpau Tahun Baru Yeyyy Sokerlah budak2 tu :)



17 Januari, Sabtu

Hari ni kene g sekolah ganti kelas untk panjangkan cuti Tahun Baru Cina nnti. Adoi aku malas lak rase nak bangun awal pg Sabtu ni. Naseb hari ni ikut jadual hari Khamis- aku tak banyak kelas hari Khamis, sejam je hehe. Pagi ni gak Kak Artis belikan nasi lemak lauk ayam sambal guna duit lebihan kelab guru tahun lepas. Sblm kelas start aku makan. Nyam2 sedap betul. Terlupa aku kat Ecah yg sedap ber BBQ di Tangkak.

Lps habis kelas aku masuk bilik komputer download lagu. Aku nak dgr lagu time tuh, jd aku dgr lagu2 ni berulang2 sbb suker sampai nak muntah rasa.
1. Cinta Adam Dan Hawa (Aku nak dengar lagu ni sebenarnya, tak puas dgr sekali sekala kat Hot Fm)
2. Jawapan Mu
3. Terima kasih Cinta
4. Doa Dalam Lagu
5. Dibius Cinta
6. Aku Lebih Tahu




Cinta adam dan hawa


Terbit di syurga terang di jiwa

Menggerakkan nurani

Mencari kasih suci

Sehingga kita yg tertinggal saling damba

Sentiasa rasa sunyi bersendiri

Mana dia kekasih hati

Mana dia pujaan ku yang sejati

Dengarlah bisikan asmaraku

Cinta adam dan hawa

Satu bersama satu terpisah

Buat diriku tertanya-tanya

Cinta adam dan hawa

Satu harapan, satu sandaran

Buat diriku rindukan dia

Kau yang aku puja

Kau yg aku cinta.....oh

Kasihku di Firdausi

Cinta adam dan hawa

Terbit di syurga terang di jiwa

Menjadi saksi impian murni

No comments:

Post a Comment