e

Saturday, January 24, 2009

Misha Omar @ Mingguan Wanita

Hari Sabtu ni bosan lak kalau dok sesaje kat rumah tak g jejalan. Kebetulan nak keluar beli Berita Harian. Jadi dlm kul 11.30, aku keluar g bandar Kuching. Dah dapat apa yg aku nak dr Uncle yg menjual paper kat bwh jejantas Saujana, tibe2 terasa nak g kedai buku lak. Mulanya rasa tak ada apa2 nak dibeli, sbb baru je minggu lepas beli Mangga yg ada cerita Nubhan & Stacy. Tapi itulah, dah gerak hati, tengok2 ada Misha Omar dlm Mingguan Wanita. Beli jangan tak beli. Rasanya seingat2 aku, ni kali ketiga kot Misha Omar jd covergirl untk MW. Mula2 sekali masa lagu BBC popular, n kali kedua masa lagu Nafas Cahaya lak.




BERITA BAIK! Buat peminat semua, Misha Omar akan muncul dlm drama bersiri untuk slot Lagenda di TV3 bulan Mac nti, Insya Allah. Di dlm drama yg berjudul Julia Juli Bintang Tujuh itu, Misha turut bergandingan dengan Nik Sayyidah, melakonkan watak adik beradik.. Eloklah tuh! Dua2 aku minat! Tak sabar nak tengok :)

"Selepas album terbaru keluar, saya mendapat respon baik daripada ramai orang. Saya tidak sangka ramai juga yang gemarkan lagu Cinta Adam & Hawa. Walaupun lagu ini agak berbeza daripada lagu-lagu yang pernah saya nyanyi tetapi kelainan itu memberi keistimewaan kepada saya. Memang cukup bagus sambutannya" -Misha Omar

Secara jujur, aku sukakan lagu ni kerana vokal Misha Omar yang hebat. Begitu juga dgn lagu Jawapan Mu. Suka benar aku mendengar Misha Omar memainkan naik turun nada di dalam lagu-lagunya :)

Mingguan Wanita Disember 2006


Mingguan Wanita Febuari 2005

Bila sampai kat Satok, aku masuk Pasar Minggu. Mulanya aku singgah kedai buku tempat biasa aku beli One Piece (Budak Getah), takdelah harap sangat Vol. terbaru akan keluar. Masa tengah cari majalah lain, tahu2 aku jumpa One Piece 51 ni-the latest one! Aku terus beli sebagai koleksi terbaru.

No comments:

Post a Comment