Disebabkan Kak Artis nak buka kotak tu lepas waktu sekolah, & kelas aku dah habis time tuh, aku teringat kelas Pendidikan Seni Mazlina dengan Tahun 4. Aku biasa masuk tolong sikit2 gak sblm ni, jadi hari ni dari tak de buat ape2 aku masuk kelas dia. Time tu Badrul tengah buat rumah dari penyepit2 kayu yg dibeli Mazlina. Aku tak sangka, Badrul ada idea nak buat mcm tu. Maknanya, dia ni kreatif gak. Badrul ni ada masalah penglihatan tahap B2, maksudnya rabun. Dia bernasib baik berbanding kawan2nya yg lain, yg kebanyakannya tak boleh melihat (B1)
Aku leka gak dlm kelas Mazlina tu, buat pokok kelapa dgn penyepit untuk rumah Badrul. Aku nak sangat ajar Seni tahun ni, tp tak da rezeki. Biasanya Kak Artis selaku ketua akan beli bahan2 yg menarik untuk Panitia Pendidikan Seni bila peruntukan sampai. Sayang sikit tahun ni aku tak dapat. Tepat kul 1, aku keluar dari kelas Mazlina & terus jumpa Kak Artis. Aku kene cepat, takut tudung2 tu kene kebas lagi hehe time aku masuk bilik guru, Kak Ros dgn Kak Artis je yg ade. Aku bernasib baik gak time tuh, kawan2 cikgu lain tak masuk lg bilik guru.
Aku pilih beberapa pasang yg aku rasa sesuai untuk saudara2 perempuanku. Tak cukup dgn Kak Artis yg aku minta jd model, aku mintak tolong Mazlina lak yg baru je masuk bilik guru time tuh. Bila Kak Haslina masuk, aku minta tolong dia lak. Aku puji Mazlina dlm hati, bagus dia ni sbb dia layan je kerenah aku minta dia jadi model untuk setengah jam lebih. Alhamdulillah aku puas hari ni sbb dpt banyak pilihan utk aku berikan pada Ibu ku, kakak, adik & kakak iparku :)
Plus, kotak ini yang aku beli di Wisma Satok, untuk aku bungkus & kirimkan tudung2 ke Serdang.
amboi comeynya...
ReplyDeletemai nak gak..
nasib baik angah bukan abg kandung mai
klu tak teruk kena pow ngn mai.
sumer warne mai nak tau..
Larrrriiiiiiiiikkkkkkkkkkkkkk
ReplyDeleteh a h a h a
Mintak ngan Abg Mail ;P
ReplyDeleteH e h e