e

Sunday, February 22, 2009

Drama Korea @ Astro 303 KBS World


.
.
Pukul 12 tadi, secara tak sengaja aku tertengok drama nih kat KBS World (Astro 303). Naseb baik tak bukak chanel lain time tuh. Dah lama aku tak tengok cerita Korea yg best kat KBS selepas Mom Did Upset dulu. Baru & masih panas lagi nih. Tajuk drama ni, Boys Over Flower, haa kalau peminat siri F4 atau Meteor Garden mesti tahu jalan cerita nih.. Same je tuh.. Semuanya adalah adaptasi dari komik genre shoujo yang fofular kat Jepun - Hana Yori Dango.
.


.
.
Aku suker giler baca komik ni. Antara sipnosis komik ini-
"Although Tsukushi Makino is from a poor family, she attends an elite school for the super rich, where her life has become intertwined with the "F4," the ruling boys of the school, in a whirlwind of love and confusion!"
.
Bayangkan hidup si gadis tu selalu dibuli & diejek satu sekolah terutama dgn 4 ekor beruk yg menjengkelkan tu.. Sikap Makino yg keras n melawan balik tu lah yg buatkan aku bersungguh2 nak tahu apa kesudahannya di dalam setiap keluaran setiap kali mereka bergaduh.
.

.

Comel sehh lukisan komik nih
.
Selepas produksi Taiwan memulakan langkah awal dengan mengadaptasi komik ini ke drama bersiri Meteor Garden pada tahun 2001, pada tahun 2005 barulah penerbit Katsuaki Setoguchi dari Jepun menghasilkan drama ni. Aku pun hairan, kenapa diorang tak jadi yg pertama buat drama ni padahal komik ni asal dari negara diorang gak. Sepatunya diorang yang lebih tahu populariti komik ni di negara sendiri. ( Aku cakap berdentum ni pun, bukannya aku ada tengok dua2 cerita versi Cina & Jepun nih hehe :P )
.

Versi Jepun
.
.
Jadi inilah pendokong utama untuk drama Korea nih. Koo Hye Sun. Very the katiks among the boys.. Comeyyyy sudaa~
.

5 comments:

  1. amboiiiiiiiiiii ghajin angah follow ek? ma da tak brani nak follow takot addicted ssh, nak wat keja pun tak siap kang dok ngadap jer hehehe

    kang nak gi ane2 pun kdg2 ssh gak sbb kalo tak dpt tgk mau cam org angau je nanti, hahahahahaha

    ReplyDelete
  2. Itulah mama
    habeslah angah pasni
    huhuhu

    ReplyDelete
  3. salam..
    cigku zam pun layan ek cite2 mcm ni..
    sy da tengok versi taiwan n jepun..
    best2..hehe..

    ReplyDelete
  4. Zam suke layan drama Jepun dulu
    Skrg ni beralih ke korea lak
    layan je~
    Best tak hengat ^^

    ReplyDelete
  5. gu jun pyo (love) jan di onlyy
    hahaha bess sangat sangat cite tuuu

    ReplyDelete