Khamis lps (18hb), pihak sekolah Zam telah mengadakan latihan kebakaran dgn kerjasama Balai Bomba Batu Lintang, Kuching. Gambar2 diatas diambil ketika operasi menyelamatkan mangsa- seorang kanak2 dengan multiple disabilities dijalankan. Tp sebelum itu, satu sesi penerangan & demonstrasi telah diadakan oleh pegawai mereka untuk guru2.
Lihat, siape yg cube memadamkan api..
..dengan gaya yang meyakinkan..
"Anje" lah siape lagi hehe
Okeh, NEXT?
Tenung dulu api2 tu dalam2..
kemudian tembak!!!!!
Dlm 5 saat api tu padam.. GB buat rekod baru padamkan api.. Kitorang kata, api tu takut dgn GB!
......................................................................
6 tahun dulu, ketika di maktab...
Bangun dr tidur pagi itu, aku perasan aku kat bilik member..
Baru teringat, smlm aku lepak dgn kawan2 kat bilik tu.. Sampai tertidur kat situ rupenye..
Lps bersiap, aku g kelas.. Kat kelas, aku hairan bila kawan2 dok cerita sal fire drill.. Fire .. drill?? Ape tu?? Itulah 1st time aku dgr istilah tu.. Mulanya aku buat tak tahu, tp bila diorang terus bercakap sal hal tu, aku mula faham.. & tetibe aku rasa curiga.. Aku pun tanya Kak Mai-
"Kak, fire drill ape nih??"
"Fire Drill semalam lah..... Eh!" tetibe Kak Mai mcm perasan sesuatu "Mad tak ade ke semalam??"
"Mad balik rumah ke semalam??" tanya kawan aku lg, sbb dia tahu aku biasa balik rumah keluarga aku kat Serdang biarpun aku duduk asrama
"Tak.. ada kat asrama" aku jawab dgn jujur, tanpa menyedari aku akan jadi bahan gelak jap lagi...
"Sah lah.. budak ni rentung semalam" sampuk Juniza
"Tapi nama dia tak naik pun masa berkumpul semalam??" Kak Mai tanya Juniza lak..
Okeh.. Aku dah dapat gambarannya sekarang-
"SEMALAM ADA LATIHAN KEBAKARAN TAPI AKU TAK TAHU APE2 DAN PALING MEMALUKAN IALAH BILA DAPAT TAHU AKU ANTARA YANG TERKORBAN !!"
Balik dr kelas, dengan hanginnya aku ke bilik tempat member2 biasa berkumpul.. Mmg, takde sape pun kat asrama lelaki yg bgtau aku sblm tu.. Senyap jek diorang ni.. Yg peliknye takkan takde sorang pun yg kejutkan aku mlm td? Dan memang, aku sengaja cari nahas bila tanya diorang sal fire drill tu
BERSEMBUR DIORANG GELAKKAN AKU!
"Kau nak tahu, kitorang dah kejutkan kau malam tadi!" Faizal bukak cerita
"..tapi boleh kau bangun- mamai2- lepas tu sambung balik tidur!!" tambah Amir
Eh aku ade bangun ke??
"Bukan main lagi kitorang gelakkan kau semalam!" sambung Faizal
Maka, jd bahan lawak lah aku lepas tuh.. Tp peliknye, nape nama aku tak diumumkan antara mangsa yg terkorban malam td.. Rupanya ramai gak yg tak tahu aku hangus malam tu
"Jman kan 'abang' kau.. sebab tu dia tak sebut name kau" mamber2 aku buat conclusion..
Ooo.. Patutlah.. Abg Jman yg handle fire drill tuh.. naseb lah ade kau, Abang JMANNNNNNNN. Kalau tak dah lama aku jadi bahan gelak satu MPIK!!!
wah, ni mesti fire drill ni ek?
ReplyDeleteangah di'jadikan' korban dlm 'kebakaran' tu ek? hehehe
salam..
ReplyDeleteterkorban apa tu ye???
tiba2 rasa rindu lak zmn sek
fire drill la tuh sj je wat gimik cikgu nih huhu
ReplyDelete