e

Saturday, July 25, 2009

Have A Nice Weekend :)



Salam & Selamat Pagi
Hujung minggu ni, kalau tak duduk di rumah, mesti ramai yg dah plan nak keluar jalan2.
Ikutkan hati, Zam terasa naaaaaaaaak je join Nubies kat Jaya Jusco Seremban hari ni.
Nubhan buat persembahan kat sana untuk TM.
Esok lak ada potluck kat Sungai Congkak dgn diorang.
Best wooo.. Zam siap berangan nak masak apa
Tp hajat tu xtercapai bila Zam nengokan harga tiket Air Asia baru2 nih
Mahalnye
Zam g lak cari tiket kat MAS, dgn harapan ada lah yg murah
Tp~ 2 X 5 je.. mahal, mengalahkan tiket balik raya
Hehe
Tarak rezeki nak makan durian dkt Sungai Congkak
Hmm
Kawan baik Zam kat Serdang, Edziani pun nk bersanding esok kat UPM
Bl dpt tahu mgu lps, cepat2 Zam tengok tiket
Tp mcm yg Zam cakap tulah, tiket dah mahal, last2 minit mmg mcm tu
Sorrylah Ed, aku tak dapat pergi.. Majlis kat Kelantan tu pun aku tak dpt pergi, walhal aku dah ade kat sana time tuh.. Knp xckp siang2?

Zam ingat, nak turun tengok karnival Jom Heboh kat Kuching hari nih, tak pun esok. Tp bila mengenangkan betapa sesaknye tempat tu nanti, Zam batalkan niat tuh. Lagipun takde artis yg Zam minat turun. Teksi pun taknak bawak Zam g tempat tuh rasanya. Style kat sini, kalau ade keramaian @ apa2 majlis @ karnival, org ramai akan turun dr segenap pelusuk tempat. Maklumlah, jarang2 karnival spt tu dibuat disini dsbbkn faktor jarak. Mcm Liga Juara Hot FM hari tu, program tak lah besar mana tp pengunjung yg dtg~isk isk mmg ramai.

Manisah ada bagitau Zam smlm, dia dpt info dr pakciknya yg Hafiz AF7 akan buat sesi bersama peminat di Water Front Kuching petang nih. Tp Zam belum pasti kesahihannya. Smlm Zam ke FC Hafiz, tp tak ada sbrg info kat situ. Kalau betul, rasanya nk turun, tp bila mengenangkan waktu program tu dekat2 nak senja, Zam ragu2 lak. Mesti ramai org nanti, bersesak2. Bukan apa, kat sini suasananya lain sikit dr semenanjung. Mengenangkan anak Cikgu Aman yg pernah dipukul orang, gara2 tersalah cam sehingga mendapat jahitan semasa acara seperti itu dijalankan di Kuching membuatkan Zam membatalkan niat tu.

No comments:

Post a Comment