Dan baru2 ini aku terjumpa di Youtube video nyanyiannya versi sessi AOL. Perghh~ yg ni lagi best dr MV nya yg asal. Sbb David menyanyi secara live & disamping suaranya yg mantap, persembahannya juga bertenaga. Penuh perasaan. Entah berapa kali aku ulang mainkan lagunya dalam sehari. Gile besh!
Selepas itu, rakanku Gloria mengesyorkan aku untuk mendengar satu lg lagu David yg begitu asing & sukar untukku menyebutnya. A Little Too Not Over You. Sekejap.. aku penah dgr lagu ni dulu. Sekali dua rasanya.. berbanding Crush, lagu ni amat sukar untuk melekat di hati aku, sehinggalah aku memainkannya beberapa kali di Youtube barulah aku mula sukakannya.
Kekuatan lagu2 David terletak pada liriknya yg sarat & melodinya yg best + pembawaan diri David dlm setiap lagunya yg~~~~ SUPERB! Sayang dia tak jadi juara AI time tu, tp apapun aku rasa dia lg popular dr juara AI musim tu. Rasanya aku dah mula meminati bakat yg ada pada David, & menjadikan dia penyanyi lelaki yg paling aku kagumi dlm dunia ni (susah sebenarnya aku nak minat penyanyi lelaki nih). What cam I say? Mmg dia berbakat besar!
Sunday, September 13, 2009
David Archuleta
Sewaktu lagu ini (Crush) menjadi popular sedikit masa dulu, aku kurang memberi perhatian sangat sehinggalah aku terlihat video klipnya secara tak sengaja di NTV7. Terus aku meminatinya, & sejak itu mulalah aku tercari2 lagunya di internet, padahal sebetulnya pada waktu itu aku tak ingat nama penyanyinya, apatah lagi mengetahui tajuk lagunya itu. Keyword yg aku tahu hanyalah American Idol. Akhirnya aku bertemu juga dgn MV Crush di Youtube, itupun setelah lama mencari sbb aku keliru dgn nama Adam (juara AI musim terbaru) & David ;p
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment