e

Monday, August 17, 2009

Hijau Burung Pun Tak Semerdu

Pagi tadi Zam ada kelas dengan kelas pemulihan 2B, kelas yang menempatkan kanak2 istimewa dgn multiple disabilities (kecacatan pelbagai). Di akhir2 masa, Manisah yang turut bersama menjaga mereka terpaksa keluar menyiapkan tugasan lain.. Tinggal aku terkontang kanting menjaga Marianne & Nelly. Nelly dgn halnya sendiri, jadi aku tak perlu risau, cuma Marianne yang mula hendak menangis.. Biasanya kami hiburkan hati Marianne dgn memasang radio, tp radio baru sja punah dicampak Farid bulan lepas. Tiba2, dr bunyi rengekan Marianne, aku mendapat ilham.. Nadanya seakan pernah aku dengar..
Dengan cepat, aku menyanyikan lagu tu..


In your head, in your head
Zombie, zombie, zombie
Hey, hey, hey
What's in your head, in your head
Zombie, zombie, zombie?
Hey, hey, hey, hey
Oh, do, do, dou, do, do, dou, do, do
Dou, do, do, dou, dou, do, do, do


Ini lagu ZOMBIE! Matilah aku nyanyikan lagu haram tu kat budak2.. Tapi di luar sangkaan aku, Marianne berhenti merengek, memasang telinga dan..
Dia tersenyum!! Lagi2 bila aku mainkan naik turun nada Zombie, Zombie, Zombie hey hey hey hey tu.
Makin perasan la aku
Habis lagu Zombie, lagu Dan Sebenarnya lak aku tibai
Aiyoo..
Aku naik syeh
Pas habis lagu tuh, lagu Cinta Adam & Hawa lak
Aku makin koya, eh sedap juga aku nyanyi untuk Marianne hari ni..
Setahu aku, kalau dia tak sukakan lagu tu, dia akan tutup telinganya, tp tak pula lagu2 yg aku nyanyi hari ni
Baru je aku berkira2 nak nyanyi lagu Jepun, Manisah datang..
Hampeh
Baru nak tunjuk bakat kat Marianne

No comments:

Post a Comment