e

Wednesday, August 19, 2009

Where Have Shiro Been??


Adakah kerana malu ditewaskan oleh kucing jalanan Shiro membawa diri ke tempat lain??
(Gambar sekadar hiasan..)

Dua hari lepas, sebaik saja pulang dari sekolah, Zam menjengahkan pandangan ke rumah jiran mencari kelibat Shiro. Biasanya Shiro akan menunggu Zam memberikan biskut kepadanya di depan rumah, itupun kalau dia dibiarkan berkeliaran di luar rumah jiran Zam. Apapun biasanya Shiro mmg memerap di ruang parking kereta rumah tuannya, tp yg peliknya Zam tak melihat kelibat Shiro pun di mana2 hari itu.. Eh eh.. ada anjing baru lah.. Warna hitam! (terus Zam berikan nama Kuro).. tapi mana Shiro?? Baru teringat, kali terakhir Zam tengok Shiro pun pd Jumaat lepas.. Masa tu, dia datang kepada Zam di dalam renyai hujan di depan gate rumah sewaktu Zam baru pulang dr sekolah, seolah2 menyambut Zam seraya meminta biskut tawar yg biasa Zam berikan padanya sebelum2 ini (termasuk ni dah 2 kali Shiro sambut Zam pulang dalam hujan).. (aku nak nanges dah nih, mana Shiro nih??)

Dan hari ni dah masuk 5 hari Zam tak nampak Shiro. Zam belum sempat bertanyakan jiran Zam itu, tapi berat hati Zam mengatakan yang Shiro telah digantikan dgn anjing baru tu..

..............................

Untuk makluman, Shiro adalah seekor anjing putih yang agak tua milik jiranku yang aku kira boleh dianggap baik kerana ia tidak pernah datang menyeringai atau menjilat aku, sebaliknya dia akan datang padaku & memandang aku dgn pandangan yg redup. Aku pula tidak pernah menyentuhnya, apatah lagi membelainya seperti kucing sbb aku tahu adalah haram untuk aku berbuat spt itu. Aku cuma kasihan, kerana ia pernah datang padaku sambil lidahnya terjelir2 di suatu hari yang panas. Tiada bekas air untuk diberikan padanya, aku gantikan dgn biskut tawar yang baru aku beli beberapa hari sebelum itu. Sejak hari tu, Shiro selalu menunggu aku di depan rumah, pagi @ petang bilamasa ia perasan akan kelibat aku. Yang paling tak boleh aku lupakan, sewaktu aku pulang dari sekolah dlm renyai hujan, dari kejauhan lagi Shiro perasan akan aku dan melolong, & bila aku semakin hampir dengannya, dia berhenti dan datang kearahku, lalu mengiringi aku pulang sebelum ia terus masuk ke rumahnya. Aku kehairanan, hari itu tidak pula dia meminta biskut dari aku seperti biasa.

Hmm.. Aku cuma teringatkan Shiro..

2 comments: