e

Tuesday, August 18, 2009

Tak Sengaja Ku Habiskan Buah Dabai Mu :P




Semalam, ketika di bilik guru, Zam ternampak sesuatu di atas meja Mazlina. Bila Zam hampiri, baru Zam perasan, buah dabai rupanya. Mazlina berlalu dr mejanya, & Zam pula mencuba sebiji. Sebelum ni banyak kali Zam jumpa, tapi tak pernah terlintas pun nak makan. Kalau dicampur dengan nasi goreng tu pernah lah (Nasi Goreng Dabai). Nak makan buah ni senang je, rendam dengan air panas, lembutlah (mula2 tu keras). Buah ni banyak kat Sibu, & Kak Tim yang baru balik dr sana yg belikan.

"Eh eh, sedaplah!" Patutlah oang suka makan buah ni, rasanya lemak-lemak, sedapp sangat. Selama ni, Zam ingatkan buah ni masam! Sbb tu Zam tak nak makan. Lepas satu, satu Zam telan.. Sedapppp~
Tiba-tiba..

"Habisssss buah dabai akuuuu~"

Alamak, Mazlina! Err sorrylah.. ada lagi ha.. 3 biji..

"Orang yang pesan ngan kak Tim, dia lak yang habiskan~"

Err sorrrryy.. Nah ambillah balik..

"Kat Sibu skrg pun dah kurang buah ni.."

.....

Dalam masa tu, sempat lagi aku ambil sebiji..

Biji yang terakhir, aku kulum puas2..

Sambut hari raya di rumah baru



KEGEMBIRAAN Nik Nur Madihah (kanan) yang dipeluk oleh Mariani di hadapan rumah baru mereka di Taman Kurnia Jaya, Pengkalan Chepa semalam

Oleh ZAID MOHD. NOOR
zaid.mohdnoor@kosmo.com.my
--------------------------------------------------------------------------------



KOTA BHARU - Bagi pelajar terbaik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008, Nik Nur Madihah Nik Mohd. Kamal, 18, tiada yang lebih baik untuk dijadikan hadiah kepada keluarga menyambut Aidilfitri selain mendapat rumah baru.

Hajat yang sudah terpendam sejak di bangku sekolah untuk menghadiahkan rumah kepada keluarga yang dahulunya menghuni pondok buruk di Kampung Parang Puting, Pengkalan Chepa kini tertunai apabila dia menerima kunci rumah banglo setingkat berharga RM130,000 semalam.

"Saya telah berjanji nak menghadiahkan rumah kepada keluarga selepas bekerja nanti tetapi tak sangka Tuhan menunaikan hajat saya itu lebih awal.

"Tahun ini dapatlah kami sambut Aidilfitri di rumah baru,'' katanya sambil memeluk ibu, Mariani Omar, 42, selepas majlis penyerahan kunci rumah itu di Taman Kurnia Jaya, Pengkalan Chepa di sini semalam.

Nik Nur Madihah masih ingat sejak kecil dia bersama keluarga berhari raya di rumah yang sempit dan usang di tepi pantai Pengkalan Chepa itu.

Namun, di sebalik kedaifan hidup keluarga nelayan itu, Nik Nur Madihah menyimpan azam untuk memperbaiki taraf hidup mereka sehingga bekas pelajar Sekolah Menengah Agama Arab Maahad Muhammadi itu berjaya memperoleh keputusan 19A1 dan 1A2 dalam SPM 2008.


aku bukanlah superman
aku juga bisa nangis
jika kekasih hatiku
pergi meninggalkan aku

ayahku selalu berkata padaku
laki-laki tak boleh nangis
harus slalu kuat
harus slalu tangguh
harus bisa jadi tahan banting

tapi ternyata sakitnya cinta
buat aku menangis

ayahku selalu memarahi aku
jika jatuh air mataku
kata ayah slalu air mata itu
adalah tanda kelemahan

tapi ternyata air mataku
ternyata jatuh juga

ayahku tersayang maafkanlah aku
jika aku masih menangis
masih belum bisa menjadi seperti
apa yang ayah selalu mau

kita berjanji ’tuk tidak lagi
menangis karena cinta